Jit murad dah tiada

- Advertisement -

MESKIPUN hebat dan berpengalaman luas dalam industri seni tanah air, namun tidak banyak kisah khususnya peribadi membabitkan pelakon, pengarah dan aktivis teater, Allahyarham Jit Murad dilaporkan.

Malah, yang menariknya penggiat seni sangat berkaliber ini amat dikenali dan disenangi ramai sepanjang dia aktif berjuang dan mencurahkan minat sejatinya dalam memperkasa industri hiburan negara.

Pun begitu, pada petang Sabtu lalu seluruh warga industri dikejutkan dengan berita kematian Jit, 62, yang ditemui rakan baiknya pada jam 2.15 petang di kediamannya, sudah terbujur kaku sendirian.

Tanpa diketahui punca sebenar, pemergian tidak diduga arwah Jit itu nyata meninggalkan kesan mendalam kepada segelintir rakan selebriti tempatan yang kenal rapat dan baik dengannya.

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki, 51, tampil berkongsi kenangan manis di antara mereka ketika awal-awal pembabitan dalam industri hiburan dulu.

 

ALLAHYARHAM Jit Murad pernah bintangi filem Selubung.
ALLAHYARHAM Jit Murad pernah bintangi filem Selubung.

 

“Dia (Allahyarham Jit) adalah seorang permata seni yang hebat dan kini sudah pulang ke Rahmatullah.

“Sesiapa yang menonton komedi di pentas atau pun di dalam era 1990-an ke awal tahun 2000 lalu pasti mengenali nama Jit. Saya banyak belajar daripada dia tentang komedi dan penceritaan.

“Banyak kerja-kerja awal saya bersama Harith Iskandar dan Jit. Semoga rohnya akan bersama roh-roh yang dicintai oleh Allah SWT. Terima kasih Jit kerana sanggup berkongsi kehebatan anda bersama kami,” katanya.

Ternyata tanpa sebarang kisah sensasi dicetuskan Jit sepanjang hidupnya, dia adalah ‘insan seni’ yang berjiwa besar. Dedikasinya terhadap karier dengan ikhlas cukup meninggalkan kesan untuk terus diingati.

Menyorot sekilas peribadinya, Jit adalah anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor, mula bergiat aktif dalam filem, televisyen dan teater pada 1987.

Naskhah seperti Spilt Gravy On Rice (1995), The Storyteller (1996) serta Gold Rain and Hailstones (2002) antara produksi teater popular yang ditulis serta dibintanginya.

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Allahyarham memiliki pendidikan dalam bidang Sosiologi (Pengajian Bandar) dan Ijazah Sarjana dalam Sejarah Seni. Apapun, antara filem hebat lakonan arwah seperti Selubung, Mimpi Moon, Talentime dan 1957: Hati Malaya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat