Single Bad ‘trending’ nombor satu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Single baharu kumpulan vokal wanita, Dolla berjudul Bad meraih 100,000 tontonan dalam tempoh sejam dilancarkan dalam laman YouTube.

Ia sekali gus menjadikan single Bad menduduki tangga pertama ‘trending’ selepas 24 jam tayangan perdana video muzik pada 11 Februari lalu. Sehingga kini, video muzik Bad sudah dilayari hampir 1.2 juta dalam tempoh empat hari.

Single Bad yang mempertaruhkan tema pemerkasaan wanita adalah ciptaan pemuzik dari Sweden, Ludwig Lindell, Karl-Oscar ‘Cage’ dan Gummesson yang ditulis dalam dua versi, bahasa Malaysia dan Inggeris. Karya itu turut menyaksikan bintang hip hop tempatan, Yonnyboii.

Ahli kumpulan Dolla, Syasya berkata, single Bad boleh diinterpretasi dengan pelbagai cara.

“Ada yang mungkin menganggapnya sebagai lagu patah hati selepas tidak dilayan dengan baik oleh pasangan.

“Pada masa sama, karya ini boleh ditujukan kepada pasangan atau teman yang tidak pernah memberikan sokongan positif, malah meragui diri pasangan mereka.

“Terdapat bait lirik yang berbunyi ‘you never met a woman just like me, you’ll see, kau takkan pernah agak’ yang boleh diinterpretasikan dengan pelbagai cara.

“Inti single Bad tetap berkisar seseorang dikecewakan berkali-kali dan akhirnya tidak mahu lagi menerima kepahitan hingga memilih menyerlahkan sisi gelap yang berbeza,” katanya kepada BH Online.

 

Single BAD disifatkan titik perubahan buat Dolla, sekali gus menampilkan sisi lebih matang dalam karya baharu. - Foto IG Dolla
Single BAD disifatkan titik perubahan buat Dolla, sekali gus menampilkan sisi lebih matang dalam karya baharu. – Foto IG Dolla

 

Syasya berkata, single BAD boleh disifatkan titik perubahan buat Dolla, sekali gus menampilkan sisi lebih matang dalam karya baharu.

“Sebelum ini, Dolla menampilkan sisi lembut, namun, kali ini single Bad membawakan sisi berbeza dan sesuatu pembaharuan buat Dolla.

“Single Bad juga menampilkan video muzik yang hebat dan ramai menyukainya.

“Walaupun video muzik Bad memakan masa dua hari untuk disiapkan, namun, penat lelah kami berbaloi.

“Dengan bantuan penari, Dolla dapat mempamerkan seni tari hebat dan visual menarik. Video muzik Bad benar-benar menampilkan tenaga positif sepanjang penggambaran,” kata Syasya.

Selain pengorbanan masa untuk rakaman muzik video, single Bad memberikan satu lagi cabaran buat kumpulan yang dianggotai, Syasya, Sabronzo, Tabby dan Angel itu.

“Kami melakukan banyak latihan bagi mendapatkan keseimbangan vokal dan tarian.

“Dolla bernasib baik Cikgu Shafi dan Ezra Kong banyak membantu. Malah, kami berbangga hasil yang dipamerkan selepas menyerah sepenuh jiwa raga menerusi single Bad.

“Kami berharap single Bad dapat diterima peminat. Kami sudah mempersiapkan single ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

“Selepas penat berusaha, Dolla harap peminat akan menyukai pesona baharu Dolla,” tutur Tabby.

Single Bad sudah berada di semua platform digital sejak 11 Februari lalu, manakala video muzik rasmi dilancarkan pada hari sama menerusi saluran YouTube Vevo DOLLA.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat