AMK Dakwa Tun M Serang Anwar Untuk Pastikan Muhyiddin Kekal Berkuasa

- Advertisement -

CYBERJAYA – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan serangan berterusan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah agenda licik untuk memastikan Tan Sri Muhyiddin Yassin terus berkuasa.

Naib Ketua AMK Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman, mendakwa tindakan bekas Perdana Menteri itu secara tak langsung memperkuat kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Umum mengetahui yang Anwar sedang berusaha mengembalikan mandat rakyat yang dirampas oleh kerajaan pintu belakang.

“Langkah Tun menyerang Anwar secara berterusan dipercayai adalah agenda licik untuk memastikan Muhyiddin terus kekal berkuasa.

“Maka tidak hairanlah jika dahulu beliau dengan sengaja meletakkan jawatan Perdana Menteri untuk memberikan laluan mudah kepada Muhyiddin,” katanya menerusi kenyataan.

Sebelum ini, Dr Mahathir secara terbuka menyifatkan Anwar tidak layak mentadbir negara, khususnya ketika berdepan krisis.

Ia dilihat bertentangan dengan kesediaannya sebelum ini ketika bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menyerahkan tampuk kerajaan kepada Presiden PKR itu.

Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, Dr Mahathir berkata bekas timbalannya itu tidak mampu mengemudi negara jika berlakunya krisis kewangan, dengan memberi contoh krisis ekonomi pada 1997 sebagai contoh.

Sementara itu, Syed Badli Shah turut mendakwa berdasarkan tindak tanduk dan gerak geri Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau yakin kerajaan pintu belakang menerima sokongan Dr Mahathir secara sulit.

“Dikala usia Tun yang menghampiri satu abad, beliau seharusnya berhenti berpolitik dan menumpukan kepada kehidupan peribadi.

“Justeru itu saya ingin menasihatkan Tun Mahathir untuk menghentikan segala agenda politik jahat kerana rakyat sudah muak dengan permainan politik kotor yang tidak menguntungkan rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat