1,208 Kes Baru Covid-19, KL Catat 469 Jangkitan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan sebanyak 1,208 jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini ialah 47,417 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 469 kes dalam tempoh 24 jam.

Di Kuala Lumpur, daripada 469 kes, 462 merupakan daripada kluster-kluster sedia ada.
Sabah pula merekodkan 381 kes manakala Selangor mencatatkan 185 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada jumlah keseluruhan 1,208, sebanyak enam jangkitan merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara dikesan di Kuala Lumpur.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif baharu yang direkodkan di Kuala Lumpur sebanyak 475 kes.

“Keenam-enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan bukan warganegara.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini terdapat sebanyak 12,323 kes,” katanya dalam satu kenyataan media berhubung perkembangan COVID-19 pada Ahad.

Beliau berkata jumlah kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini ialah sebanyak 104 dan daripada jumlah itu, 42 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Katanya, Malaysia juga merekodkan 1,013 kes yang telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 34,785 kes yang bersamaan dengan 73.4 peratus.

Dalam tempoh 24 jam juga, Malaysia mencatatkan pertambahan tiga kes kematian baharu yang melibatkan dua wanita dan satu lelaki di Sabah.

Ia sekali gus menjadikan angka keseluruhan kes kematian di negara menjadi sebanyak 309 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat