Kerajaan perlu tunjuk bukti sahih wanita China punca kecoh KLIA keluar

- Advertisement -

Kuala Lumpur:Dalam situasi sekejap ada sekejap tidak ada, pelbagai spekulasi wujud berkaitan kepulangan wanita punca kekecohan di KLIA sudah keluar dari Malaysia.

Tetapi yang paling mengecewakan adalahsindiranMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada media.

Jadi apa moral pengajaran? Media kena cermat dan berhati-hati (dalam membuat laporan). Jangan petiksumber sembarangan terutamanya yang bercanggahkenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Malangnya, dia (media terbabit) cuma memetiksumber yang tak dinamakan,” katanya dalam SidangMedia Khas pada Rabu.

Kenyataan itu dibuat selepas Harian Metro melaporkanpetikan sumber Jabatan Imigresen bahawa tidak adarekod wanita terbabit keluar.

Rekod menunjukkan tarikh masuk adalah pada 29 Jun dan pas masuk akan tamat pada 28 Julai ini.Berdasarkan rekod memang didapati individu terbabitmasih belum keluar dari negara ini,” sumber dipetikberkata.

Sindiran Saifuddin jelas memperlekeh etika pelaporankewartawanan dalam memetik sumbertidakdinamakan”, amalan biasa dilakukan media di negarayang mempunyai pelbagai akta mengekang pelaporanmaklumat yang boleh dianggap sebagaisulit dan rahsia, termasuklah di Malaysia.

Selaku menteri bertanggungjawab, beliau juga hanyamenggunakan “kata-kata” untuk menafikan laporan itu. Rakyat mahukan bukti walaupun ia hanyalah rakamanCCTV di pintu keluar negara atau salinanrekodJabatan Imigresen.

Sebenarnya pada 4 Julai lalu melalui penerbanganShenzhen Airlines, ZH9030 pada jam 8.55 malam, wanita itu telah pun dicatatkan keluar daripada rekodImigresen,” kata Saifuddin.

Pemimpin Kerajaan Perpaduan patut memulakanamalan mendedahkan salinan dokumen berkaitan untuk membuktikan kenyataan mereka, selari dengan hormat, keyakinan dan ihsan dalam slogan MADANI.

Wanita berkenaan menjadi tumpuan media selepasdikatakan menjadi punca kekecohan MenteriPelancongan, Kesenian dan Budaya Tiong King Sing menyerang pegawai imigresen di KLIA, mendesakmelepaskan wanita berkenaan yang ditahan.

Di kebelakangan ini, pelbagai isu yang berkaitandengan China telah tular dan memberi kesan kepada Malaysia – dari pencerobohan perairan negara oleh pelbagai kapal perang China yang tidak berkesudahan, dakwaan syarikat gergasi China melobi dan mendapatkan kontrak infrastruktur 5G negara melaluipintu belakang, serta skandal Malaysia China Industrial Kuantan Park di Pahang (MCKIP). Persoalannya kini, mengapakah wanita berkenaan yang dikatakan bekerjadengan sebuah syarikat media milik Kerajaan China mendapat perlindungan khas dari Kerajaan / Pejabat Menteri sendiri?

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat