Potensi krisis kedaulatan dalam MCKIP & ‘Two Countries, Twin City’ China

- Advertisement -

Pada 2013, Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP) seluas lebih 3,500 hektar dibina di Gebeng, Kuantan, Pahang dengan taman berkembarnya, Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP). Ia dihubungkan oleh Pelabuhan Kuantan di Malaysia dan Pelabuhan Teluk Beibu-Sinchuan-ChongQing di China.

Pengenalan taman kembar perindustrian ini merupakan kerjasama “Two Countries, Twin City” yang merupakan program utama dalam Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) China.

Kewujudan MCKIP sememangnya membawa kesan pelaburan baik untuk Pahang, dengan negeri itu menerima pelaburan terus asing (FDI) mencecah RM11.01 bilion pada tahun 2022, dengan RM5.6 bilion datangnya dari China disebabkan pelabur pertama MCKIP, Alliance Steel (M) Sdn Bhd selain pelaburan terbaru daripada Guangxi Beibu Gulf Iron dan Steel Co Ltd.

China menjangkakan untuk membina lebih banyak kerjasama “Two Countries, Twin City” bagi merangsang kerjasama perdagangan China-ASEAN yang akan menyumbang kepada pemulihan perdagangan serantau menerusi Koridor Perdagangan Perdagangan Darat Laut Antarabangsa Baharu (New International Land-Sea Trade Corridor) yang akan mengubungkan negara Asia Tenggara dengan wilayah di Barat China.

Terbaru China turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Indonesia. Taman berkembar di negara itu terletak di Kawasan Industri Bintan, Kawasan Industri Aviarna dan Kawasan Industri Batang yang “dikembarkan” dengan Zon Pelaburan Yuanhong di wilayah Fujian, China.

BRI China sebelum ini dikecam hebat kerana mengheret banyak negara miskin termasuk Sri Lanka, Pakistan, Jamaica dan Greece ke dalam jerat hutang. Menariknya, ada satu kawasan yang sering menjadi tumpuan BRI China – pelabuhan.

Di Greece, China memiliki Pelabuhan Piraeus, pelabuhan terbesar di negara itu dan salah satu yang terbesar di Eropah. Di Sri Lanka, China memegang 99 tahun pajakan Pelabuhan Hambantota. Kedua-dua kes ini mencetuskan kontroversi kerana pinjaman diberikan China menerusi BRI mengheret kedua-dua negara ke dalam jerat hutang.

China juga terlibat secara aktif menerusi syarikat perkapalan Cosco untuk membida kepentingan dalam Pelabuhan Hamburg, salah sebuah mahu membida Pelabuhan Hamburg, pelabuhan tersibuk di Jerman yang dikenali sebagai “Gateway to the World”.

Kerjasama perdagangan China-Malaysia di Pahang juga melibatkan pelaburan projek Terminal Laut Dalam Pelabuhan Kuantan. Di Indonesia pula, China melabur untuk pembinaan pelabuhan di Sumatera Utara.

Minat China ke atas pelabuhan ini mungkin perlu diteliti secara mendalam. Ia menghubungkan laluan perdagangan laut yang menjalari seluruh dunia dengan tumpuan pelaksanaan “Two Countries, Twin Cities” kepada rantau Asia Tenggara.

Dengan pertambahan pencerobohan kapal tentera China di perairan Laut China Selatan yang dituntut negara itu, kerisauan ini berasas.

Jika China boleh tanpa segan silu menceroboh kawasan strategik ZEE negara lain termasuk di tapak projek penerokaan gas asli, Kasawari, yang sedang dibangunkan Petronas terletak hampir 200 km dari pesisir pantai Sarawak, apa jaminan ia tidak akan menceroboh kawasan pelabuhan dan perairan sekitar yang terang-terang memiliki kepentingan negara itu?

Walau bagaimanapun, terdapat desas desus mengatakan Kerajaan Negeri telah membelanjakan ratusan ribu ringgit sebulan sebagai bayaran balik kepada MCKIP, bagi projek infrastruktur yang telah dibangunkan. Dakwaan ini masih belum ditentusahkan – dan sekiranya benar mengapakah ‘ufti’ ini terpaksa dibayar?

Mungkin sudah tiba masanya kita bertanya, selain berbilion duit yang masuk ke dalam negara, adakah ada perancangan Laluan Sutera Perairan Maritim kita tidak tahu yang boleh membahayakan kedaulatan Malaysia dan Asia Tenggara?

Rujukan

  1. https://www.nst.com.my/business/2023/04/898182/mckip-kuantan-celebrates-10th-anniversary-new-land-sea-route
  2. https://www.nst.com.my/news/nation/2023/04/897365/pahang-attracted-rm11-billion-foreign-direct-investments-last-year
  3. https://www.dw.com/en/germany-inks-deal-with-chinas-cosco-on-hamburg-port/a-65586131
  4. http://malay.cri.cn/901/2017/08/02/26s170756.htm 
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat