Trump batal serang Iran, yakin perang tamat beberapa hari lagi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menarik balik ancaman untuk melancarkan serangan seterusnya ke atas Iran semalam kerana yakin perjanjian dengan Tehran untuk menamatkan perang mungkin ditandatangani dalam masa beberapa hari lagi.

Pengumuman Trump mencetuskan momentum positif pasaran saham dan harga minyak dunia, walaupun pendirian Iran masih tidak jelas, dengan jurucakap Kementerian Luar Esmaeil Baqaei berkata, Tehran ‘belum membuat keputusan muktamad mengenai perjanjian itu’.

Mendakwa bahawa perbincangan melibatkan ‘peringkat tertinggi kepimpinan Iran dan mendapat kelulusan Tehran’, Trump berkata, beliau membatalkan serangan dan pengeboman ke atas Iran yang dijadualkan petang semalam’.

“Masa dan tempat penandatanganan akan diumumkan tidak lama lagi,” kata Trump.

AFP melaporkan, menurut Trump, butiran lanjut tentang perjanjian itu telah diluluskan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di rantau Asia Barat termasuk Israel.

Agensi berita Tasnim bagaimanapun melaporkan bahawa Trump telah mengumumkan perjanjian damai akan berlaku sebanyak 38 kali dalam tempoh dua bulan sebelum ini.

“Sehinggalah Iran mengumumkan perkara mengenai potensi persefahaman, sebarang berita daripada Trump mengenai perkara ini harus dianggap sama seperti kenyataan beliau sebelum ini,” kata Tasnim.

Trump bagaimanapun mengulangi pendiriannya dengan memberitahu wartawan ‘Saya faham jawapannya adalah ya’, apabila ditanya sama ada pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Mojtaba Khamenei telah meluluskan perjanjian itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat