Lebih 500 Kedai koperasi bakal ditubuh, bantu bekalan makanan B40- PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan penubuhan lebih 500 kedai koperasi (Coopmart) di seluruh negara yang akan diusahakan menerusi pelbagai jenis koperasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu tercetus apabila menyedari peranan besar yang mampu dimainkan oleh koperasi kepada Keluarga Malaysia.

Jelas beliau, langkah ini dapat memastikan manfaatnya dirasai seluruh Keluarga
Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan yang majoriti penduduknya adalah golongan B40 selain juga ahli-ahli koperasi, para pengguna dan usahawan yang terlibat dalam rantaian bekalan ini.

“Ini dapat dilihat melalui Coopmart milik Koperasi Pudina Putrajaya Berhad di Presint 17, Putrajaya yang ditubuhkan dengan bantuan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Kedai koperasi ini bukan sahaja membolehkan ahli koperasinya menjana pendapatan melalui dividen malah menawarkan barangan keperluan asas serta pelbagai produk lain kepada penduduk setempat dengan harga yang rendah dan berpatutan.

“Kewujudan Coopmart yang mendapat bekalan langsung daripada
pembekal koperasi seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) serta lain-lain pembekal, penduduk setempat menawarkan situasi menang-menang sejajar dengan semangat Keluarga Malaysia.

“Kedai koperasi ini mampu membantu meringankan kos sara hidup keluarga Malaysia,” kata Perdana Menteri pada Majlis Pelancaraan Coopmart dan persamian Coop Community Mart di Putrajaya pada Jumaat.

Sejajar dengan perkembangan tersebut, Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa Kerajaan di bawah Program Coop Community Mart telah memperuntukkan sejumlah RM360,000 kepada dua koperasi di kawasan Perumahan Rakyat, di mana koperasi PudinaBPutrajaya Berhad merupakan salah satu penerima manfaat.

“Program ini juga akan diteruskan di kawasan Perumahan Rakyat Hiliran Ampang bagi membangunkan Coopmart.

“Selain itu, kerajaan juga menyediakan bantuan geran penubuhan koperasi berjumlah RM400,000 dan bantuan Pemetaan Rantaian Bekalan (MOSC) di bawah Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi COVID-19 KUSKOP sebanyak RM1.12 juta kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Berhad,” umum beliau.

Menurut Perdana Menteri lagi, skop bantuan ini adalah di bawah inisiatif pendigitalan bertujuan membiayai kos pembangunan Sistem Pengurusan Sektor Pemborongan dan Peruncitan Koperasi terhadap 24 buah pusat pengedaran koperasi termasuk perkakasan, perisian serta kerja-kerja perkhidmatan.

“Saya berharap peruntukan dah bantuan berterusan yang disalurkan oleh dapat membangunkan sektor koperasi yang memberi manfaat besar kepada Keluarga Malaysia.

“Selain itu, saya juga berharap pihak ANGKASA sebagai koperasi puncak atau induk di negara ini dapat bersama-sama dengan pihak kerajaan mempertingkatkan peranan CoopMart dan membantu koperasi di negara ini yang ingin menceburi perniagaan sektor berkenaan,” ucapnya.

Tambah Perdana Menteri dengan kerjasama semua pihak khususnya KUSKOP dan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia memperkasakan kedai koperasi ini, beliau percaya ia dapat mempercepatkan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat pada masa ini dan juga masa akan datang.

“Pertumbuhan gerakan koperasi dalam sektor peruncitan wajar diberi penekanan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara.

“Pendekatan Coopmart yang menjurus kepada pendigitalan, kelestarian dan pertumbuhan inklusif dijangka dapat mewujudkan satu garis panduan kepada koperasi sedia ada atau baharu yang ingin menceburi dalam bidang peruncitan,” kata Ismail Sabri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat