Pemuda UMNO bangga dengan Zahid dan Mohamad tak kejar jawatan PM – Muqharabbin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kesepakatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ Perdana Menteri Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) membuktikan parti ini fokus meneruskan agenda membela rakyat.

EXCO Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyatakan rasa bangga dengan sikap berjiwa besar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang meletakkan kepentingan parti demi kemenangan BN, lebih penting berbanding jawatan.

“Ini adalah tanda, pemimpin UMNO, amat fokus kepada agenda dalam membela rakyat, meneruskan pengukuhan ekonomi negara dan menunjukkan bukti bahawa pemimpin atasan parti sebenarnya sentiasa membuat sesuatu keputusan dalam semangat kesetiakawanan.

“Walau ada yang sentiasa mengambil peluang memporak perandakan dan mengadu domba agar UMNO dilihat bercakaran, hakikat sebenar, telahpun dibuktikan bahawa kepentingan rakyat lebih diutamakan berbanding perebutan kuasa dalaman parti UMNO,” kata beliau dalam kenyataan pada Jumaat.

Muqharabbin mengakui sebagai pemimpin muda dalam parti,teladan yang ditunjukkan pucuk pimpinan parti, harus beliau contohi termasuklah semua pemimpin yang masih memegang jawatan di bahagian masing-masing.

“Kita bakal menghadapi PRU 15 yang akan menentukan nasib parti dan rakyat. Jadi, apa jua perselisihan dan juga permasalahan parti, harus kita ketepikan demi kejayaan UMNO dan BN.

“Bila ditanya bilakah masa yang paling sesuai untuk diadakan PRU, saya rasakan Perdana Menteri lebih bijak dan tahu bila masa dan waktu pembangkang sedang lemah dan kucar kacir. Itulah masa yang amat tepat.

“Mereka hanya bergabung demi kuasa, tapi lepas menang, hanya membalas dendam tanpa mempedulikan nasib rakyat. Jangan lagi berikan mereka masa dan ruang mengatur strategi dengan menyebar fitnah dan menanam kebencian ‘palsu’ kepada rakyat untuk merosak UMNO,” tegas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai itu lagi.

Ujar beliau, ambillah iktibar PRU 14 yang lalu. Apapun, semangat ukhwah MKT UMNO kini, jelas menunjukkan, kepimpinan UMNO dan jentera-jentera negeri dan bahagian, bersiap sedia bila-bila masa untuk menghadapi PRU 15.

“Dengan perubahan drastik yang berani dilakukan oleh kepimpinan atasan dengan memberi ruang kepada calon-calon yang berwibawa, disenangi, dan diterima oleh semua lapisan masyarakat, ia petanda jelas, UMNO kini telah banyak berubah dan bukan lagi sebuah parti yang retorik.

“Buat rakyat Malaysia, berikanlah mandat dan kemenangan besar kepada BN semula agar negara ini kembali menjadi sebuah negara yang stabil, makmur, diyakini pelabur dan akhirnya rakyat juga yang akan mendapat manfaat melalui kestabilan politik,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat