Ismail Sabri Calon Perdana Menteri

- Advertisement -

MKT UMNO membuat pilihan tepat dengan meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri (DSIS) sebagai calon PM atau ‘posterboy’ BN menjelang PRU15.

Pada awalnya banyak suara yang tidak meyakini sosok DSIS bila diangkat sebagai nakhoda kapal kerajaan pada Ogos 2021.

Namun sedikit demi sedikit DSIS menampilkan wibawanya terutama dalam sudut bantuan kepada rakyat pada penghujung musim pandemik. Dibantu pula dengan ketepatan graf KKM yang menjangka kes Covid-19 akan mula melandai pada suku keempat 2021.

Menjelang Aidilfitri semakin ramai akan membicarakan hal positif berkaitan PM & kerajaan dengan beberapa keputusan bijaksana yang dibuat pada masa ini.

Pertamanya, pengumuman peralihan ke fasa endemik yang membuatkan ramai menarik nafas lega selepas 2 tahun dihimpit bebanan berat dengan pelbagai SOP ketat.

Ini dapat dirasai di bazar-bazar Ramadan yang memperlihatkan kerancakan semula ekonomi di kalangan peniaga kecil. Ditambah pula dengan keterujaan rakyat mengunjungi bazar Ramadan yang telah 2 tahun tidak dapat dinikmati sepenuhnya kerana sekatan PKP.

Apatah lagi dengan kemasukan bantuan segera seperti BKM dan bantuan khas kepada penjawat awam, menambahkan lagi kuasa membeli selepas sekian lama dihimpit musibah akibat C19.

Kita dapat saksikan juga kisah-kisah syahdu pertemuan keluarga yang sekian lama terpisah bila sempadan negara telah dibuka semula seperti biasa.

Beberapa hari lagi pengeluaran one-off KWSP 10k akan memasuki akaun, sudah pasti akan menambah kegembiraan rakyat menjelang Aidilfitri.

Pengeluaran ini bukan setakat menguntumkan senyum di hati penerimanya malah dapat membantu merancakkan semula ekonomi yang mana akan turut dirasai oleh golongan peniaga di seluruh negara.

Sebenarnya siapapun PM (kecuali Tun M) sudah pasti akan melakukan yang terbaik untuk rakyatnya, apatah lagi di masa-masa sukar seperti ini. Tapi percaturan ALLAH meletakkan DSIS di posisi itu pada masa sekarang sudah pasti ada asbab yang tak terjangkau oleh pemikiran dan perancangan kita.

Jenama DSIS yang memimpin kerajaan hari ini akan menjadi topik bicara manis seluruh keluarga yang berkumpul menjamah juadah Aidilfitri. Jadi mencalonkan DSIS sebagai calon PM adalah keputusan yang tepat & terbaik bagi memastikan kemenangan gemilang BN dalam PRU15.

RR, Putrajaya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat