Presiden UMNO bimbang pengangguran bertambah, rakyat hidup perit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bimbang sekiranya kadar pengangguran bertambah susulan pandemik Covid-19.

“Saya bimbang ramalan mengatakan kadar pengangguran akan bertambah.

“Bagi yang dibuang kerja apa patut dilakukan jika kedudukan ekonomi negara terus di paras negatif?

“Mungkinkah sektor pertanian boleh dioptimumkan untuk membantu rakyat yang terjejas ini,” katanya di Facebook, hari ini.

Ujar Ahmad Zahid, sebelum ini diceritakan mengenai mereka yang hilang pekerjaan berjaya dalam bidang pertanian.

“Menanam cili dan sebagainya tanpa memerlukan kawasan yang terlalu besar.

“Alangkah baik jika lebih banyak bantuan kewangan segera disediakan kepada rakyat yang mahu mengusahakan tanaman.

“Ketika sektor lain terjejas akibat Covid-19, industri berasaskan makanan dan pertanian sentiasa mendapat sambutan,” katanya.

Jelas beliau, jika itu dilakukan, sekurang-kurangnya membantu ekonomi rakyat sekaligus menjamin sekuriti makanan negara.

“Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) dilaporkan susut 5.6 peratus pada tahun 2020 iaitu yang terburuk sejak tahun 1998.

“Kali terakhir KDNK tahunan negara dilaporkan mencatatkan kemerosotan -1.5 peratus pada 2009.

“Tetapi kerajaan hari ini berpandangan KDNK -5.6 peratus tahun 2020 suatu perkembangan yang baik.

“Ia kerana unjuran awal Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF adalah -5.8 peratus. Saya tepuk dahi,” beritahunya.

Ahmad Zahid berkata lagi, rakyat kesuntukan masa kerana mereka tiada mampu menunggu unjuran seterusnya dengan harapan akan lebih baik.

“Kesan ekonomi mikro ke atas rakyat bersifat semasa, bukan terakru. Amat besar dan memeritkan.

“Kita maklum pandemik Covid-19 antara penyebab kepada penyusutan ekonomi.

“Ketidakstabilan politik juga antara faktor pelabur memindahkan operasi ke negara lain,” katanya.

Namun, Ahmad Zahid menjelaskan dengan dasar dan perancangan yang efektif, kesan langsung terhadap ekonomi rakyat boleh diminimumkan.

“Bagaimanapun apa yang berlaku setakat Disember lalu, seramai 772,900 dilaporkan hilang pekerjaan,” tegas beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat