Kenapa lantik individu terkait salah guna wang amal jariah? Soal Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan kewajaran kerajaan Perikatan Nasional (PN) melantik Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom (B) telah menjadi Pengerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT).

Katanya, PERHEBAT diwujudkan bagi menyediakan kursus kemahiran kepada veteran tentera untuk mereka mendapat pekerjaan selepas perkhidmatan.

“Fungsi PERHEBAT menjadi lebih penting kini dalam kegawatan ekonomi ekoran wabak Covid-19.

“Mengapakah pentadbiran PN mengambil keputusan meletak bukan sahaja orang politik, tetapi seorang yang dikaitkan dengan salah guna wang amal jariah di kedudukan penting ini?

“Adakah usaha menyelamatkan Kerajaan PN yang rapuh lebih penting dari kebajikan veteran-veteran tentera yang ada? Soal beliau di Facebook.

Nik Nazmi berkata, sewaktu Jamil Khir memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bertanggungjawab ke atas Lembaga Tabung Haji, Tabung Haji menghadapi beberapa kesulitan sehingga rizabnya menjadi negatif dan mendapat teguran Bank Negara pada 2015.

“Ini menyebabkan kesukaran Tabung Haji memberikan hibah kepada pencarum sehingga aset-aset Tabung Haji terpaksa distrukturkan semula.

“Kita juga tidak lupa beliau pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan wang untuk anak yatim dan miskin di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada 2015.

“Ketika itu, Pengarah National Oversight and Whistleblowers, Akmal Nasir (kini Ahli Parlimen Johor Bahru) mendedahkan sebanyak RM410,978.56 wang Yayasan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) digunakan untuk rombongan Jamil Khir ke Amerika Syarikat.

“Ini termasuk beberapa acara meraikan Menteri seperti golf, jamuan dan rombongan membeli-belah,” jelas Nik Nazmi. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat