ALOR SETAR – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Alor Setar, Tan Chee Hiong, menafikan beliau menjadi punca perniagaan kedai perkakasan dan pertukangan milik bapanya di Sik, bankrap.
Beliau berkata, punca sebenar bapanya terpaksa menutup kedai yang diusahakan sejak sekitar 80-an adalah kerana masalah kesihatan yang serius sehingga tidak lagi mampu menguruskan perniagaan terbabit.
Berikutan itu, jelasnya, tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang mendakwa beliau sebagai punca perniagaan bapanya terpaksa gulung tikar adalah tidak benar sama sekali.
“Saya amat terkejut apabila Menteri Besar sebagai seorang pemimpin parti Islam telah mengaibkan saya dengan mengatakan saya sebagai punca perniagaan kedai alat perkakasan dan pertukangan milik bapa saya bankrap.
“Elok saya ceritakan kisah sebenar. Bapa saya orang kampung, semua orang kenal dia, semua orang kampung tahu beliau bersara kerana sudah tiga kali buat pembedahan kaki dan tulang belakang.
“Semua orang tahu bapa saya sekarang hendak berjalan pun susah, baharu dia setuju bersara daripada perniagaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
- Angkat Bendera Putih Diguna Mengaku Kalah Perang Atau Lawan Tinju – MB Kedah
- Saya Tak Kata Saya Tak Salah, Tapi Jika Langgar SOP Saya Minta Maaf – Sanusi
- Tuan Ibrahim Bimbang Perpaduan Dalam PAS Goyah
- Dakwa Undi BN, PH Akan Masuk Neraka, Pemimpin PAS Mohon Maaf
Sabtu lalu, Muhammad Sanusi dalam ceramah kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kampung Gadeng, di sini, mendakwa bapa Chee Hiong terpaksa memberikannya wang jutaan ringgit sehingga menyebabkan perniagaannya yang dahulunya berjaya, merudum.
Chee Hiong, yang juga Naib Ketua Pemuda MCA Pusat, berkata segala dakwaan dibuat Muhammad Sanusi adalah tidak benar dan ia satu tuduhan yang kasar, jahat serta tidak bermoral.
Katanya, Muhammad Sanusi sepatutnya berkempen secara budiman, berasaskan pemikiran yang menyempurnakan ilmu dan agama serta akhlak.
“Saya mempunyai beberapa perniagaan sendiri yang berjaya hasil tunjuk ajar dan didikan bapa saya. Saya mahu bapa berbangga kerana saya sendiri boleh berjaya dalam perniagaan.
“Justeru, pesanan ikhlas saya kepada Menteri Besar, tolong jangan fitnah saya dan keluarga lagi. Jangan rosakkan keharmonian hubungan sesama kita dan jangan kerana mengejar populariti, kita bercakap tidak benar dengan mengaibkan orang lain,” katanya. – BH
- “Kita Tak Boleh Percaya Lagi Perikatan Nasional” – Muhyiddin Tersasul Lagi
- Cadangan Kerjasama PN – PH Untuk Selamatkan Negara – Muhyiddin
- PAS Syukur BN Menang PRN Melaka, UMNO Sahabat MN Kita – Mursyidul Am PAS
- Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Seru Undi BN Jika Mahu Halang Mudarat PH
- Musuh Politik Kita Adalah PH Sebagaimana Diputuskan Muzakarah Syura Ulama PAS – Khairuddin