Dakyah ‘Zahid Jadi PM’ Untuk Kelirukan Pengundi, Mengurangkan Undi BN – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Parti lawan tiada modal politik, justeru itu mereka terpaksa mengitar tohmahan kononnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal diangkat perdana menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memetik laporan BH, Perdana Menteri berkata musuh politik BN menggunakan taktik berkenaan untuk mengelirukan pengundi meskipun tahu beliau satu-satunya pemimpin yang diisytiharkan calon perdana menteri oleh UMNO dan BN.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO, berkata tohmahan itu juga bertujuan memecahbelah kepimpinan UMNO dan BN tetapi akhirnya mendedahkan pembangkang ketandusan isu.

“Mereka cuba menimbulkan kekeliruan (dalam kalangan pengundi) dan tentu juga mereka mahu supaya kepimpinan BN dan UMNO berpecah. Mereka nampak tak ada isu lain yang boleh mereka menggunakan. Hanya menggunakan isu PM ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut menyifatkan dakyah yang disebarkan itu sebagai cara tidak beretika untuk menjejaskan sokongan pengundi terhadap BN.

“Mereka (parti lawan) cuba menggambarkan (kemungkinan) saya tak menjadi PM (supaya) menurunkan sokongan kepada BN. Mereka mungkin takut saya (sebagai) calon PM.

“Saya anggap…ia boleh menjadi satu kekuatan untuk saya untuk menarik pengundi (kepada) BN,” katanya.

Untuk rekod, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini memainkan propaganda mendakwa Zahid selaku Presiden UMNO dan pengerusi BN mengintai jawatan tertinggi negara meskipun Ismail diumumkan sebagai ‘poster boy’ BN dan calon PM PRU15.

Ahmad Zahid bagaimanapun menolak dakwaan itu namun ia terus diuar-uarkan pembangkang yang ghairah menjadikan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sasaran utama dalam kempen mereka, kerana kes mahkamahnya berkaitan penyelewengan dana.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera kesal cubaan pembangkang menidakkan keputusan di pelbagai peringkat dalam UMNO dan BN berhubung calon perdana menteri.

“Keputusan untuk mencalonkan saya sebagai perdana menteri oleh BN telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Tertinggi UMNO, biro politik UMNO, dan Perhimpunan Agung UMNO. Malah, disambut oleh parti-parti komponen (BN).

“Seluruh kepimpinan BN, termasuk Pengerusi, Zahid, Mohamad Hasan (Timbalan Pengerusi), dan lain-lain, jelas kata saya satu-satunya calon perdana menteri (BN),” katanya, seperti dilaporkan.

Dalam pada itu, Ismail berkata pembangkang juga menggunakan isu calon PM dalam cubaan terdesak menanam keraguan dalam kalangan pengundi terhadap kemampuan BN mewujudkan kestabilan – mesej utama gabungan itu dalam kempen pilihan rayanya.

Tambahnya, sejarah menunjukkan PH dan PN tidak mampu menghasilkan kerajaan stabil.

Ismail menambah BN jelas dengan apa yang ia mahu lakukan untuk memperkasakan negara sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan pada 19 November ini.

“Manifesto kita bukan sahaja menyentuh soal ekonomi tetapi transformasi institusi,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat