Angkat Bendera Putih Diguna Mengaku Kalah Perang Atau Lawan Tinju – MB Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang terputus bekalan makanan diminta tidak mengibarkan bendera putih kerana terdapat pelbagai saluran lain boleh diguna bagi mendapatkan bantuan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kempen mengibar bendera putih dianggap sebagai propaganda politik yang sengaja dicipta bagi membina persepsi negatif terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Sebenarnya kerajaan dapat mengatasi pandemik Covid-19 dengan baik, tetapi kerana kecemburuan pihak tertentu hendak tunjukkan kegagalan kerajaan, mereka tak ada kerja jadi minta orang ramai yang memerlukan bantuan naikkan bendera putih.

“Saya nampak ada ahli parlimen pembangkang yang pergi tolong rumah orang naikkan bendera putih, itu bukan kerja wakil rakyat, itu kerja orang gila, jangan buat kerja bodoh,” katanya di Kulim, semalam.

Sanusi berkata, penduduk terjejas boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di 12 daerah di negeri itu atau menghubungi pusat khidmat wakil rakyat bagi mendapatkan bantuan.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan menyalurkan bantuan kepada semua individu yang terjejas tanpa mengira latar belakang politik dan latar belakang mereka.

“Angkat bendera putih sepatutnya hanya diguna dalam dua keadaan iaitu mengaku kalah dalam perang atau ketika perlawanan tinju.

“Sekarang kita belum kalah lagi, teruskan berjuang. Jadi gunakan saluran yang betul dalam mendapatkan bantuan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan pada 1 Jun lalu, sejumlah 48,000 bakul makanan disediakan kerajaan negeri melalui 12 PKOB di setiap daerah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat