Dakwa Undi BN, PH Akan Masuk Neraka, Pemimpin PAS Mohon Maaf

- Advertisement -

ALOR SETAR – Ketua Pemuda PAS Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berkaitan isu “undi BN dan PH masuk neraka”.

Permohonan maaf itu dibuat melalui satu video yang disiarkan di Facebook Pemuda PAS Sik pada Jumaat.

Dalam video berdurasi 34 saat itu beliau turut memohon untuk dihentikan segala bentuk sebaran video itu bagi menjamin keharmonian dan perlawanan PRU15.

“Ini agar PRU kali ini menjadi medan yang bebas daripada isu perkauman dan agama yang melampau,” katanya.

Mohd Shahiful juga berkata, apa sahaja tindakan yang cenderung sahaja kepada kemungkaran yang dilakukan oleh sesiapa pun tetap salah dan wajib dicegah.

Memetik video yang tular sejak Khamis, Mohd Shahiful ketika menyampaikan ceramah menyeru kepada pengundi- pengundi Sik agar pulang mengundi Perikatan Nasional (PN).

“Sesiapa yang mengundi BN atau PH akan masuk api neraka,” katanya. – Sinar

https://fb.watch/gJRi38VajF/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat