Tuan Ibrahim Bimbang Perpaduan Dalam PAS Goyah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membayangkan wujud sedikit keretakan dalam ukhwah parti Islam itu.

Dalam coretan di Facebook, Menteri Alam Sekitar dan Air itu menulis kepincangan yang tercetus tanpa menamakan kepada sesiapa.

Tuan Ibrahim melahirkan kebimbanganku terhadap suasana ukhuwah dalam jemaah PAS .

“Terkadang kenyataan kita kepada kepimpinan ini dibuat dengan tiada adab dan hikmah.

“Kadang-kala, sehingga kita rasai seolah pimpinan kita tidak mengetahui apa yang kita ketahui. Bahkan ada yang menegur pimpinan tentang bahaya musuh seolah-olah pimpinan tidak mengenali musuh,” coret Tuan Ibrahim.

Kata beliau, ukhwah ini lahir daripada hormat dan thiqah kita dan di waktu yang sama adalah akhlak kita.

“Engkau tidak mungkin merasainya tanpa sifat tersebut. Lantaran itu, belajarlah untuk menghormati orang lain atau pandangan yang berbeza dengan kita.

“Engkau perlu menghormati pimpinan dan sahabatmu kerana ia adalah sebahagian darimu dalam jemaah. Ia lebih dari apa yang kamu ada di dunia ini. Pandanglah dengan mata hatimu sebelum engkau memandangnya dengan mata zahirmu,” tegur beliau.

Bahkan kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, seseorang itu tidak perlu mendabik dada atas kedudukannya kerana ia adalah hail kerjasama rakan-rakan dalam parti.

“Apa jua kedudukanmu kini bukanlah hasil kecerdikan atau kelebihanmu melainkan ianya adalah usaha sahabat seperjuanganmu.

“Penat lelahmu, keringat dan air mata mereka adalah jalinan tali ukhuwah ini. Sayangilah sahabat seperjuanganmu dan jemaah ini.

“Bila air keruh, hentilah sementara untuk bagi masa air tenang dan jernih semula.

“Biarlah sekadar kocak-kocak air yang tidak mengeruhkan keadaan dan merosakkan ukhuwah jemaah. Kalau berlumba, wahai sahabatku, biarlah hanya ke arah menambahkan kebaikan dan saling memperkukuhkan jemaah,” katanya.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan kepada siapa coretan itu tujukan.

Media melaporkan, bagaimanapun kenyataan itu kebetulan dibuat ketika timbul spekulasi akan berlaku pertukaran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor.

Baru-baru ini seorang pembantu kepada Sanusi menyangkal dakwaan bahawa menteri besar Kedah itu bakal digantikan seorang lagi “orang kuat” PAS disebabkan kegagalan menangani isu banjir di Baling.

Ini selepas timbul desas-desus bahawa Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan akan mengambil alih tugas Sanusi sebagai menteri besar.

Untuk rekod, Tuan Ibrahim baru-baru tidak menolak kemungkinan kolam takungan yang dibina berdekatan puncak Gunung Inas menjadi punca kepada kejadian banjir dan kepala air di Baling, Kedah baru-baru ini.

Tuan Ibrahim berkata, ia merupakan antara beberapa punca yang dikesan hasil kajian awal yang dilaksanakan oleh kementerian tersebut.

Kenyataan itu dilihat cuba dipersoalkan oleh Sanusi yang memaklumkan tidak menemui atau melihat mana-mana kolam yang pecah ketika tinjauan udara dilakukannya beberapa hari selepas kejadian.

Bagaimanapun, Sanusi berkata, pihaknya akur dengan kenyataan Kementerian Alam Sekitar dan kerajaan negeri akan merancang tindakan susulan yang akan dilakukan bersama agensi berkaitan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,593FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat