“Kita Tak Boleh Percaya Lagi Perikatan Nasional” – Muhyiddin Tersasul Lagi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sekali lagi menjadi perhatian umum apabila video beliau tersasul menyeru rakyat jangan mempercayai Perikatan Nasional viral di media sosial.

Dalam video itu Muhyiddin pada mulanya dipercayai sedang berkempen menghentam bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menurutnya telah mencuri banyak wang, namun kemudian tersasul jadi sebaliknya.

“Masuk jel (penjara) 12 tahun, kena denda RM210 juta. Wah! macam mana mahu bayar? Tapi dia sudah curi wang banyak apa. Bila-bila dia boleh bayar.

“Jadi, oleh sebab itu, kita tak boleh percaya lagi sekali Perikatan Nasional. Dalam Perikatan…,” kata Muhyiddin yang kemudian meminta maaf selepas menyedari dirinya tersasul.

Selepas itu Muhyiddin memperbetulkan kembali kenyataan meminta hadirin jangan percaya kepada Barisan Nasional.

“Eh.. maaf, bukan Perikatan Nasional, jangan masuk itu TV. Kita tak boleh percaya Barisan Nasional,” katanya.

Sebelum ini, semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih (2019) di Selangor, media turut melaporkan Presiden Bersatu itu telah tersasul sekurang-kurangnya dua kali apabila mengajak pengundi menyokong BN.

Ketika itu Bersatu yang dipimpinnya bekerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Kali pertama, beliau tersasul sewaktu berucap di hadapan lebih 300 hadirin kaum India pada Malam Kebudayaan yang berlangsung di Bandar Rinching dan selepas itu tersasul kali kedua pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat jentera pilihan raya PH di Bilik Gerakan PH di Semenyih.

“Ini dengan sokongan. sebab kerajaan Persekutuan adalah PH. Kerajaan negeri adalah PH. Kalau dilihat dari segi logiknya, tak kan pilih pembangkang.

“Tak suka pun, mahu tak mahu, tetap kena sokong Barisan (BN)… erm apa ni, pakatan (PH), kerana di sini ada faedah,” katanya, seperti dilaporkan portal Utusan pada 1 Mac 2019.

Untuk rekod, dalam PRK Semenyih 2019 itu BN berjaya mencatat kemenangan dan merampas kembali kerusi DUN tersebut dari Bersatu, walaupun sebelum itu Muhyiddin mendakwa partinya yakin akan memenangi PRK berkenaan dengan majoriti selesa.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat