Mengimbas pengukuhan semula Barisan Nasional

- Advertisement -

Penularan sebuah video kapsul yang  mengandungi kenyataan Tan Sri Annuar Musa bahawa Barisan Nasional sudah tidak relevan mengingatkan kembali kita kepada nasib parti tersebut apabila kalah dalam PRU-14 lalu.

Namun apa yang ramai lupa bahawa di bawah kepimpinan Timbalan Presiden yang memangku jawatan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa merupakan titik penting dalam kebangkitan semula Umno dan Barisan Nasional mendapat tempat dihati rakyat. Di sinilah bermulanya agenda Muafakat Nasional yang membantu membina semula imej Barisan Nasional sebagai parti rakyat.

Sejarah

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 lalu mengejutkan semua pihak. Pakatan Harapan (PH) yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menyangka akan menang. Manakala Barisan Nasional (BN) juga tidak sangka mereka akan akan hilang kuasa di peringkat Persekutuan.

BN masuk PRU-14 dengan keyakinan akan memenangi antara 120-145 kerusi Parlimen. Namun gelombang rakyat menolaknya kali ini terlalu besar sehingga menyebabkan ia hanya mampu memenangi 79 kerusi Parlimen dari 222 yang dipertandingkan.

Manakala gabungan parti politik dalam Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan logo PKR berjaya memenangi 104 kerusi Parlimen. DAP yang bertanding atas logo sendiri di Sabah dan Sarawak berjaya mendapat 9 kerusi dan Parti Warisan Sabah (Warisan) turut mendapat 9 kerusi parlimen.

Parti Islam se-Malaysia (PAS) memenangi 18 kerusi diikuti Parti Solidariti Tanah Airku (Star) mendapat 1 kerusi dan terdapat tidak ahli Parlimen yang menang sebagai calon bebas.

Keputusan PRU-14 membolehkan Pakatan Harapan mengumpul 122 kerusi melebihi majoriti mudah Dewan Rakyat sebanyak 112 kerusi. Walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berhak dilantik sebagai Perdana Menteri berikutan kemenangan dominan PKR dan sekutunya, namun Pakatan memutuskan untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri seperti mana dalam manifesto mereka.

Barisan Nasional dalam krisis

Kekalahan Barisan di peringkat Persekutuan memberi tamparan hebat kepada Umno yang menguasai kerajaan sejak 1957. Daripada 79 kerusi yang dimenangi oleh Barisan, UMNO mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah dengan hanya memenangi 54 kerusi Parlimen.

Selebihnya kerusi Barisan dimenangi oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) 13 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) 3 kerusi, Kongres India Malaysia (MIC) 2 kerusi, Parti Demokratik Progresif (PDP) 2 kerusi. Persatuan Cina Malaysia (MCA), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), United Pasokmomogun Kadazandusun (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) masing-masing hanya memenangi 1 kerusi.

Barisan Nasional yang tidak pernah kalah dalam PRU telah mengalami kejutan yang teramat sangat. Justeru beberapa hari selepas tamat PRU muncul desakan dari pelbagai pihak agar Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melepaskan jawatan serta-merta tanpa perlu menunggu pemilihan parti yang dirancang pada Jun 2020.

Apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diangkat sebagai Presiden UMNO, Annuar Musa yang kalah dalam pemilihan Timbalan Presiden dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Namun itu tidak banyak menyelamatkan keadaan apabila pendakwaan terhadap Mohd Najib dan kemudiannya Ahmad Zahid telah menyebabkan banyak parti komponen BN meninggalkannya.  Setelah parti-parti Sarawak meninggalkan Barisan Nasional sebaik tamat PRU-14, kekuatan BN di Dewan Rakyat telah berkurangan.

BN kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, kawasan Sungai Kandis, pada Ogos 2018. Namun ia merupakan titik penting kepada kerjasama dua parti terbesar Melayu Islam, Umno dan Pas.

Pas membuat keputusan tidak bertanding dan meminta para penyokongnya memberi undi kepada calon Barisan Nasional, Datuk Lokman Nor Adam. Menurut Ketua Penerangan Pas ketika itu, Nasrudin Hassan, parti itu tidak boleh menerima cara pemerintahan kerajaan sekarang (Pakatan Harapan) yang didakwanya dibelenggui dengan kontroversi LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan pendirian yang tidak tegas berhubung Islam.

Walaupun BN kalah, namun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat kerjasama antara parti Islam itu dengan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sebagai satu isyarat kepada lebih banyak keputusan besar pada masa depan, untuk kedua-dua parti.

Bagaimanapun usaha ke arah kerjasama Umno-PAS masih diperingkat penilaian dan pemerhatian. Muktamar PAS di Kuala Terengganu pada September 2018 mencatat sejarah tersendiri apabila Presiden dan Timbalan Presiden Umno serta pemimpin kanan lain parti berkenaan hadir sebagai tetamu istimewa namun tiada sebarang keputusan dibuat mengenai kerjasama itu.

Usul daripada Pemuda PAS Kota Raja supaya PAS Pusat membuat pengesahan mengenai hubungan itu, sama ada berbentuk taawun atau tahaluf tidak diputuskan secara tuntas. Malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS masih menilai kerjasama dengan Umno itu dari semasa ke semasa dan menganggap statusnya bertaraf taawun (saling membantu atau saling menolong) atau tahaluf (kerjasama dalam bentuk perjanjian untuk satu tempoh masa tertentu) tidak mendesak untuk ditentukan ketika itu.

Usaha mengadakan kerjasama Umno-Pas benar-benar menjadi realiti apabila Mohamad Hasan memangku tugas Presiden Umno dan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz disingkirkan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional. Walaupun Datuk Seri Tengku Adnan Tengku mansor kembali sebagai Setiausaha Agung BN, namun Setiausaha Agung UMNO yang banyak memainkan peranan menjenamakan semula perjuangan Umno dan BN.

Menurut Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya Barisan Nasional (ketika itu), Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan merupakan dua individu penting dalam usaha memastikan Himpunan Penyatuan Ummah (dan Muafakat Nasional) dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Saya cukup memahami kesungguhan Annuar, saya masih ingat kata-kata yang beliau sebut di dalam mesyuarat sekretariat bagi menggambarkan hubungan Pas-UMNO sebelum HPU dibentuk. Kerjasama yang dibentuk inilah kemudiannya telah dibawa dalam PRK Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Kimanis dan Tanjung Piai.”

Rasanya tiada sesiapa boleh menafikan agenda Perpaduan Ummah dan kemudiannya Muafakat Nasional  antara yang memberi sumbangan besar dalam memulihkan Umno dan Barisan Nasional. Walaupun kini Muafakat Nasional telah tinggal sejarah, namun jika tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat UMNO dan BN mendapat bantuan belari semula. 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,477FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat