Curi khazanah di Pulau Nangka, kerajaan semak semula apa terjadi – Sulaiman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Kerajaan Negeri Melaka akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya benar dakwaan berlaku kehilangan khazanah bernilai yang terdapat di Pulau Nangka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, pihak berwajib diminta memberi perhatian terhadap perkara tersebut untuk melihat dan menyemak semula apa yang sebenarnya berlaku 10 hingga 15 tahun lalu.

Beliau berkata, jika benar harta bernilai trilion itu hilang atau dilarikan pihak tidak bertanggungjawab, ia merupakan satu kerugian besar kepada Melaka.

“Memang banyak cerita tentang Pulau Nangka ini dari dulu. Kalau benar harta tersebut hilang, maka ia satu kerugian kepada Melaka.

“Saya akan ambil tindakan dan lihat apa yang perlu dibuat selepas ini,” katanya memetik Utusan, pada Khamis.

Terdahulu, dilaporkan sejarawan negara yang juga bekas Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam mendedahkan, terdapat kepingan duit syiling emas yang ditemukan di Pulau Nangka tidak sampai kepada Jabatan Muzium Melaka.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) cawangan Melaka, Jamil Jaamat menegaskan, pencarian khazanah, artifak dan harta di Pulau Nangka perlu diteruskan selepas dihentikan pada 2015.

Kerja-kerja pencarian dihentikan oleh Perzim selepas kegagalan sebuah syarikat mematuhi syarat yang ditetapkan apabila merosakkan alam sekitar, selain hanya menemukan dua keping syiling emas.

Bagaimanapun, Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad) yakin bahawa, usaha Perzim itu menemui jalan buntu kerana tidak mendapatkan nasihat dan kerjasama dengan pihak yang lebih arif tentang Pulau Nangka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat