Hargai PM umum pengecualian bayaran faedah moratarium, tapi kecewa tak sebut idea PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengalu-alukan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada tuntutan PH bahawa bayaran faedah bagi moratorium pinjaman bank kepada kumpulan lima puluh peratus terbawah (B50) daripada keseluruhan rakyat Malaysia untuk tempoh tiga bulan akan dikecualikan sepertimana yang terkandung di dalam Perkara 1.7 Memorandum Persefahaman (MOU) di antara PH dan kerajaan.

Walau bagaimanapun, Majlis Presiden PH dalam kenyataan bersama menyatakan bahawa mereka kesal Perdana Menteri tidak mengiktiraf bahawa dasar ini adalah salah satu perkara yang terkandung di dalam MOU yang ditandatangani oleh beliau sendiri bersama pimpinan utama PH pada 13 September lalu.

“Malah pengecualian ini digambarkan sebagai idea kerajaan, walhal ia adalah pendirian konsisten PH yang dilaksana dalam semangat menunaikan Perkara-Perkara yang terkandung di dalam MOU.

“Tanpa pengiktirafan peranan MOU ini, ia mampu menjejaskan keyakinan kami terhadap keikhlasan pihak kerajaan untuk berpegang kepada semangat MOU ini, dan turut bercanggah dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang berasaskan fakta dan data agar segala perancangan dapat diusahakan bersama dengan perpaduan rakyat,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Kata PH, adalah penting dijelaskan bahawa pada awalnya pihak Kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan PH untuk memberi pengecualian bayaran faedah kepada peminjam dari kelompok B50 ini.

“Untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, pimpinan utama PH telah mengadakan siri pertemuan bukan sahaja bersama Menteri Kewangan malah juga dengan Ketua- ketua Pegawai Eksekutif bank-bank komersil.

“Walaupun pada mulanya terdapat kebimbangan di pihak bank-bank, namun setelah siri libat urus ini berjalan dan pandangan pimpinan Pakatan Harapan disampaikan dengan jelas, Perdana Menteri telah bersetuju dengan pendirian kami dan akhirnya dasar ini dapat dilaksana.

“Pelaksanaan Perkara 1.7 MOU ini merupakan satu kemenangan untuk rakyat. PH akan terus memainkan peranan semak imbang serta tegas dalam membawa suara isi hati rakyat di dalam dan luar Parlimen demi menangani wabak COVID-19, mengatasi krisis ekonomi serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian,” ujarnya.

Majlis Presiden PH dianggotai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP dan Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sektor perbankan akan melaksanakan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dalam usaha membantu peminjam yang berada dalam kumpulan 50 peratus terbawah (B50).

Katanya, URUS yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat itu adalah program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas.

Menurutnya lagi, program itu telah dirangka oleh sektor perbankan bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan turut merangkumi kemudahan kepada peminjam kategori isi rumah B40 yang berpendapatan kasar kurang daripada RM5,880 sebulan.

Antara kemudahan yang ditawarkan ialah pengecualian faedah selama tiga bulan dan pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan termasuk pengurangan kadar faedah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat