Selepas Tun M, Ku Li Pula Hantar Usul Undi Tak Percaya Kepada Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tengku Razaleigh Hamzah mendesak Dewan Rakyat mendengar dan memutuskan segera usul undi tidak percaya yang telah dikemukakan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Gua Musang itu mengemukakan sepucuk surat yang dikirimkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertarikh 25 September lalu menggesa usul itu perlu diberi keutamaan supaya Dewan Rakyat dapat menentukan keabsahan kerajaan pimpinan Muhyiddin.

“Saya mengutus surat ini bersesuaian dengan sumpah keperlembagaan yang telah saya lafazkan sebagai Ahli Dewan Rakyat yang mengkehendaki saya saya berpegang teguh kepada Perlembagaan dan melaksanakan tugas saya dengan penuh kesetiaan di samping memelihara dan melindungi dan mempertahankan Perlembagaan itu.

“Usul undi tidak percaya ini adalah amat penting atas beberapa sebab keperlembagaan, termasuklah kesahihan kerajaan sekarang ini di bawah pimpinan Perdana Menteri. Sekiranya usul tersebut disokong oleh sebahagian besar (majoriti) Ahli-Ahli Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Menurut beliau Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan memerlukan Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan Dewan Rakyat sebagai prasyarat bagi beliau menuntut secara sahih jawatan Perdana Menteri.

“Tanpa kepercayaan Dewan Rakyat, Perdana Menteri tidak berhak menuntut kesahihan terhadap jawatannya dan pengelakan terhadap hakikat ini merupakan niat buruk dan penipuan terhadap Perlembagaan .

“Maka itu, pelaksanaan urusan kerajaan hendaklah berpandukan prasyarat bahawa Perdana Menteri disokong dengan kepercayaan oleh Dewan Rakyat.

“Dari segi Perlembagaan tiada peruntukan di dalam tatacara tetap yang boleh meghalang usul ini daripada dibentang di Dewan Rakyat sebagai suatu keutamaan yang mendesak. Dengan segala hormatnya, saya mohon jaminan agar usul tidak percaya ini akan dibentang di Dewan Rakyat sebagai suatu keutamaan pada sidang akan datang,” desaknya.

Susulan itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam surat balasannya bertarikh 29 September berkata, dakwaan yang menyatakan Perdana Menteri tidak membenarkan Usul Undi Tidak Percaya dibahaskan dengan cara menyenaraikan di penghujung senarai kertas Aturan Mesyuarat Harian adalah tidak benar.

Hal ini, kata Azhar Azizan usul tersebut disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat, namun urusan kerajaan perlu didahulukan seperti yang termaktub di bawah Peratuturan-Peraturan Mesyuarat.

Malah Azhar Azizan meminta Tengku Razaleigh untuk berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan sekiranya ingin memberi keutamaan kepada Usul Persendirian seperti ini.

Dalam perkembanga lain,Tengku Razaleigh turut membongkar bahawa Muhyiddin pernah menawarkan jawatan Penasihat Petronas kepadanya yang pernah ditawarkan oleh bekas Perdana Menteri sebelum itu, namun beliau menolaknya.

“Saya menolak tawaran tersebut kerana prihatin kepada Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hilang kelayakan menjadi Ahli Parlimen sekaranya dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan.

“Bahagian kecil ini bertujuan mencegah Ahli Dewan Rakyat daripada menyokong atau mengundi demi menyokong kerajaan bagi maksud penyogokan politik. Penyogokan politik menyebabkan demokrasi berperlembagaan menghadapi cabaran serius,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat