Bekas Pesakit Covid-19 Boleh Dijangkiti Semula Jika Paras Antibodi Rendah – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas pesakit COVID-19 yang paras antibodi neutralisasi dalam darah rendah mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti virus itu semula.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penyelidikan awal yang dibuat terhadap kluster di Sungai Lui mendapati kebanyakan individu yang pernah dijangkiti mengalami kemerosotan antibodi selepas lapan minggu.

Ekoran itu katanya, KKM memerlukan lebih ramai bekas pesakit COVID-19 untuk tampil menyertai kajian itu bagi melihat sama ada antibodi mereka akan kekal atau merosot selepas rawatan.

“Kajian ini penting bagi melihat kekekalan antibodi mereka selepas tiga bulan.

“Kalau antibodi merosot, pesakit itu boleh dijangkiti semula… atau kita lihat pada kajian-kajian lain mengenai kesan jangka masa panjang kepada organ-organ tertentu, jika ada kesan sampingan atau tidak selepas pulih,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook KKM di sini, pada Rabu.

Terdahulu, Dr Noor Hisham dalam hantaran Facebook menjemput rakyat Malaysia yang pernah dijangkiti COVID-19 untuk menyertai Kajian Membujur: Tindak balas antibodi neutralisasi dalam kalangan pesakit COVID-19 di Malaysia bagi mengetahui paras antibodi di dalam darah.

Menurutnya, penyelidikan itu mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC) KKM (NMRR-20-1676-55108). – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat