Polis Buat 10 Sekatan Jalan Raya Bergerak Di Shah Alam

- Advertisement -

SHAH ALAM – Polis Shah Alam mengambil insiaitif tersendiri mengadakan sekatan jalan raya bergerak dalam memastikan orang ramai mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, sebanyak 10 sekatan jalan raya bergerak dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari PKPB berkuat kuasa hari ini.

“Sekatan jalan raya bergerak ini dipantau dan dikendalikan semua balai polis utama bagi setiap dua jam. Bagaimanapun sekatan itu dijalankan mengikut keperluan sama ada pagi, petang atau malam.

“Kita akan lebih memfokuskan kepada laluan utama memasuki Shah Alam termasuk di sekitar taman perumahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pemantauan penugasan sekatan jalan raya peringkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Restoran Hakim, Seksyen 7 di sini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat