‘Bukan ego, tapi kena ada sasaran!’

- Advertisement -

PELAKON terkenal, Zul Ariffin yang membuat keputusan untuk berundur daripada berlakon drama di TV bagi memberi fokus kepada filem, platform ‘over the top’ (OTT) dan premium adalah tepat serta kena pada waktu.

Zul, 36, berkata, dia berhak menentukan masa depan kerjaya dan kedudukan dirinya berdasarkan apa yang sudah dibuat selain pencapaian diperoleh.

“Kalau nak kata eksklusif ia subjektif pada saya. Saya rasa macam berhak untuk meletakkan diri di tempat yang saya nak. Kebanyakan filem saya orang suka, sokongan itu penting dan orang ‘demand’. Apabila kita tengok diberikan maklum balas sebegitu, rasa macam kena buat lagi. Bagi saya ia menarik.

“Saya suka drama dan saya bermula dengan itu, cuma letih dengan orang memandang remeh bila ‘shoot’ (penggambaran) drama. Contohnya, drama bukan tempat ‘acting school’ (sekolah lakonan). Asah bakat betul-betul, masuk betul-betul sebab bila buat drama kita ada tanggungjawab, kita nak dapatkan sambutan, kita usaha yang terbaik, dapatkan ‘rating’ kepada stesen TV, penerbit bagi kerja, kita patut bagi sesuatu kepada mereka

“Kalau datang setakat datang dan fikir lepas ini ada kerja lain, lepas ni ‘shoot’ apa, mereka patut fikir ini dulu. Sekarang ramai pelakon asyik dengan media sosial, kejar acara yang membabitkan produk berjenama sebab senang dapat. Kena faham satu saja, saya terus terang, mereka yang buat perkara ini, mereka tak tahu anda siapa dalam industri. Mereka tengok anda okeylah ada dalam industri, tapi cuba tengok diri anda dalam industri, anda berada di tahap mana?” katanya.

Menurut Zul, menjadi pelakon perlu ada sasaran dalam diri dan kerjaya tanpa perlu bergantung harap kepada apa yang orang pandang semata-mata.

“Bukan nak kata ego, bangga dan sebagainya, tapi kena ada sasaranlah. Saya menyasarkan diri daripada pelakon ‘extra’ (tambahan), nak menjadi ‘supporting’ (pelakon pembantu) kemudian teringin nak menjadi hero, tapi bukan teringin bodoh macam tu saja, mungkin saya kena buat macam ini, itu dan lain-lain.

“Bila nak dapat hero atau watak utama, saya risau selepas ini mereka nak ambil saya lagi? Adakah teruk sangat saya sebelum ini? Kalau bagus mungkin mereka akan ambil lagi. Jadi, saya buat dan teringin nak membintangi filem. Kalau itu era Datuk Aaron Aziz dan Farid Kamil mesti kita kata filem besar ini. Bila dapat tahu bayaran mereka saya telan air liur, banyaknya gaji mereka jauh beza dengan saya. Namun, saya tak cemburu dan saya nak macam tu juga. Jadi, saya usahalah ke arah itu dan saya hargai perjalanan itu,” katanya.

 

ZUL terus fokus kepada kerjaya.
ZUL terus fokus kepada kerjaya.

 

Pada masa sama, Zul yang sudah 13 tahun terbabit dalam bidang lakonan tidak mahu lagu menyekat dirinya untuk berkarya pada skala yang lebih besar.

“Saya rasa bila ‘shoot’ drama memang makan masa yang panjang. Saya pun dah 36 tahun dan saya dah buat benda ini bertahun-tahun. Drama ini bukan macam filem, sekurang-kurangnya saya ada platform lain boleh pilih ke arah filem, slot premium lain dan sebagainya.

“Kalau saya ‘shoot’ cerita aksi, saya pernah cedera beberapa kali. Adrenalina itu menarik, jadi ada masa, disiplin dan boleh ‘shoot’ 35 hingga 40 hari. Tapi kalau drama boleh tunda, lepas itu drama ini senang, duduk stabil, dialog dan habis. Kalau saya boleh lompat bangunan, bertumbuk dan boleh cedera, saya rasa itu lebih menarik daripada saya nak melakonkan benda yang sama. Macam dalam babak drama, saya rasa boleh buat lebih baik lagi, tapi ia setakat itu saja. Jadi, kenapa saya nak kena sekat diri saya?,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zul berkata, dia bakal terbabit dalam empat projek filem.

“Saya baru selesai penggambaran filem Don Dukun dengan Abang Ropie, Douglas Lim, Sangeetha dan ramai lagi. Ini pertama kali saya buat komedi. Kalau filem Hantu Kak Limah ramai-ramai tapi yang ini saya memegang watak utama untuk komedi. Saya risau juga tapi saya jalan saja, cuba untuk seronok.

“Saya nak buat cerita yang akan membuatkan penonton terhibur. Segelintir pelakon terlalu dengan karakter sangat. Itu fikir diri sendiri sebenarnya. Saya nak bagi penonton terhibur. Tengok macam filem Mat Kilau, penonton seronok, kan? Asalkan orang seronok tengok. Saya bukannya nak mengajak tengok saya siapa, tapi saya nak bagi mereka terhibur.

“Saya pernah menang pelakon terbaik dua kali dalam seminggu. Saya menang dalam Festival Filem Malaysia (FFM) dan satu lagi acara. Itu antara anugerah paling berprestij. ‘Tongkol’ (trofi) itu tak ada pada saya. Saya letak di pejabat Gayatri. Perjalanan nak meraih anugerah itu lebih seronok daripada saya pegang ‘tongkol’ itu. Perjalanan yang orang sebut nama saya untuk naik atas pentas pegang benda itu lagi seronok daripada saya tengok benda itu hari-hari di rumah.

“Saya letak benda itu di pejabat dia, apabila sesiapa masuk orang akan tengok dan tahu dia punya hasil kerja pernah bagi orang lain dapat anugerah pelakon terbaik. Itu penghormatan saya bagi. Jadi, saya tak perlu nak simpan benda itu. Perjalanan itu seronok tapi nak membawa diri menjadi pelakon terbaik itu boleh menjadi ‘career killer’ juga sebab saya belum tentu akan bagus pada masa akan datang,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat