Pemuka beta percubaan One UI untuk siri Galaxy S22 dilancarkan

- Advertisement -

Syarikat gergasi elektronik, Samsung Elektronics Co Ltd melancarkan program beta terbuka (Open Beta) untuk sistem pemuka One UI 5 yang akan digunakan untuk peranti siri Galaxy S22.

Ia turut merangkumi semua generasi Galaxy S22 iaitu S22, S22+ dan S22 Ultra bagi pemuka berkenaan apabila ia dilancarkan secara rasmi.

Penggunaan pemuka berkenaan juga akan membabitkan peranti di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan akan diperluaskan kepada negara lain untuk bulan-bulan berikutnya.

Pemuka One UI 5 membawakan tetapan serta pengubahsuaian baharu dengan ciri-ciri khusus dalam aspek keselamatan.

Ia juga adalah sebahagian daripada komitmen Samsung untuk menerusikan inovasi serta pengalaman kepenggunaan yang baharu kepada pengguna.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pasukan Platform Perisian Mudahalih Perniagaan eXperience (MX) Samsung Electronics, Janghyun Yoon berkata, pihaknya sentiasa mencipta serta mencari pengalaman terbaik untuk bagi pemuka khusus bagi pengguna.

“Kami teruja untuk menawarkan akses awal kepada semua ciri baharu yang boleh disesuaikan yang disertakan dengan One UI 5 sebagai sebahagian daripada beta terbuka dan berharap dapat menggabungkan maklum balas pengguna untuk membangunkan pengalaman yang lebih baik dan bermakna untuk semua orang,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,280FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat