Ada Segelintir Masih Gagal, Ingkar dan Mengambil Mudah SOP – KP Selangor

- Advertisement -

SHAH ALAM – Sejumlah 2,251 kompaun dikeluarkan Polis Selangor atas pelbagai kesalahan perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) sekatan pergerakan penuh fasa pertama bermula 1 Jun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kesalahan gagal mematuhi penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan gagal mengimbas MySejahtera adalah antara tiga kesalahan utama yang dikenal pasti.

“Kompaun dikenakan ini dalam tempoh 13 hari sehingga 13 Jun lalu, antara kesalahan yang paling banyak dan ketara adalah gagal mematuhi penjarakan fizikal iaitu membabitkan sebanyak 541 kompaun.

“Ia diikuti kesalahan tidak memakai pelitup muka sebanyak 523 kompaun, tidak mengimbas kod QR MySejahtera (238 kompaun) serta lain-lain kesalahan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, tadi.

Arjunaidi berkata, berdasarkan penguatkuasaan pemantauan sepanjang tempoh itu, beliau mendapati majoriti warga Selangor mematuhi SOP ditetapkan.

“Majoriti warga Selangor mematuhi tetapi ada segelintir masih gagal, ingkar dan mengambil mudah.

“Terutamanya kalau kita lihat, SOP yang mudah iaitu penjarakan fizikal dan pelitup muka, sepatutnya semua orang sudah faham tetapi masih ada yang ambil mudah seperti hadir ke satu tempat tidak memakai pelitup muka serta berkumpul ramai-ramai.

“Ada juga majikan gagal memastikan pekerja membuat catatan kehadiran atau mengimbas MySejahtera,” katanya.

Beliau berkata, polis Selangor mempunyai 700 hingga 800 pasukan pemantauan yang akan membuat pemantauan setiap dan akan terus melaksanakan penguatkuasaan pematuhan SOP lebih serius. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat