Ibu Keluar Berparti Empat Hari, Bayi 11 Bulan Mati Kebuluran Di Rumah

- Advertisement -

Seorang ibu tergamak meninggalkan bayi lelakinya yang berusia 11 bulan hingga mati kebuluran gara-gara terlalu sibuk keluar berparti bersama rakan selama empat hari, dalam kejadian di Rusia.

Tindakan melampau Olga Bazarova, 25, juga hampir menyebabkan kematian seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun yang turut ditinggalkan di rumah.

Mangsa dikatakan ditemui oleh nenek mereka yang cuba memeriksa keadaan di rumah kerana gagal menghubungi anak perempuannya selama empat hari.

Dia bagaimanapun terkejut apabila melihat mangsa sudah kelihatan kaku di dalam katil bayi manakala kakaknya juga kelihatan lesu dan hampir mati.

Panik melihat keadaan itu, dia terus menghubungi bantuan ambulans dan petugas perubatan berjaya menstabilkan keadaan kanak-kanak itu serta menyelamatkan nyawanya.

Dia terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan kritikal akibat kekurangan nutrisi manakala adiknya disahkan meninggal dunia akibat kebuluran dan dehidrasi.

Bazarova yang dihadapkan ke mahkamah di Zlatoust, mengaku meninggalkan kedua-dua anaknya bersendirian di pangsapuri mereka dan menyesal atas perbuatannya.

Wanita itu mendakwa dia tidak berniat untuk membunuh mereka selain tidak menyangka perbuatan itu menyebabkan bayinya meninggal dunia.

Manakala pendakwa raya kanan wilayah Chelyabinsk, Vladimir Kislitsin berkata, ibu terbabit meninggalkan anaknya dengan peti sejuk kosong tanpa makanan.

“Tidak ada makanan bayi ditinggalkan dalam unit pangsapurinya,” katanya.

Dia kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun atas tuduhan membunuh anak dengan melakukan kekejaman tertentu manakala anak perempuannya itu ditempatkan di rumah anak yatim. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat