KKM Kesan 17 Kes Jangkitan Covid-19 Varian Afrika Di Malaysia – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengesan 17 kes positif Covid-19 jangkitan tempatan yang dikenal pasti dijangkiti dengan varian South African B.1.351 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, varian terbabit ditemui pada dua kakitangan syarikat yang berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Kluster Jalan Lima serta satu kes masing-masing dari Kluster Kebun baru dan saringan kontak rapat.

Katanya, bagi mengesan sejauh mana penyebaran lineage B.1.351, lebih banyak kes-kes di kawasan geografi yang berdekatan termasuk Kuala Langat dan Sepang telah dijalankan turutan jujukan genom penuh.

“Susulan pengesanan varian itu, ia dikesan dalam Kluster Jalan Lima dengan tiga kes, Kluster Kebun Baru dikesan sembilan kes dan Kluster Teknologi Emas pula, satu kes manakala saringan kontak rapat, empat kes.

“Sehingga kini, analisis filogenetik serta hubung kait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institut Kesihatan Negara (NIH) telah menjalankan analisis terhadap lebih daripada 273 turutan jujukan genom penuh virus Covid-19 dari sampel klinikal.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 128 turutan jujukan genom penuh telah dijalankan pada tahun 2020 dan 145 turutan jujukan genom penuh telah dijalankan dalam tahun 2021 (sehingga April 2021).

“Daripada 145 turutan jujukan genom penuh setakat tahun ini, 22 kes adalah jenis Variants of Concerns (VOC) manakala 123 kes merangkumi varian bukan VOC yang majoritinya adalah jenis B.1.524.

“Survelan genomik virus Covid-19 menunjukkan bahawa virus tersebut mengalami perubahan dari semasa ke semasa apabila terdapat kemasukan varian yang lain dari luar negara,” katanya.

Jelasnya, sebagai contoh, virus yang terlibat dalam gelombang pertama dapat dikelaskan sebagai Clade L, Lineage Wuhan B ancestral, iaitu berasal dari Wuhan dan disebarkan oleh individu yang berasal dari Wuhan, China.

“Seterusnya Malaysia dilanda oleh gelombang kedua yang merangkumi beberapa clade dikaitkan dengan pelbagai kluster termasuk Kluster Sri Petaling.

“Kini, gelombang ketiga yang bermula di Sabah selepas Kluster Benteng LD pula melibatkan pengenalan varian yang mempunyai mutasi D614G serta A701V. Lineage yang paling ketara semasa gelombang ketiga adalah B.1.524 yang merupakan varian yang paling banyak dalam jumlah turutan jujukan genom penuh setakat ini,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat