PAS Tak Layak Bercakap Soal Integriti – PUTRA

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) bersetuju dengan pandangan Datuk Zaid Ibrahim, bahawa Presiden Pas tidak layak bercakap soal integriti dan sokongan majoriti.

Ketua Penerangannya, Ashraf Rosli berkata, beliau mengambil contoh Kelantan, negeri yang ditadbir oleh Pas lebih 30 tahun gagal menyediakan bekalan air bersih, peluang pekerjaan dan perniagaan mencukupi kepada rakyatnya.

“Pas mendapat sokongan majoriti, tetapi rakyatnya hidup sengsara dengan kegagalan kerajaan negeri menyediakan kemudahan itu

“Ini juga mungkin menjadi asbab kenapa Pas tidak pernah berjaya memperoleh majoriti di Malaysia kecuali di negeri luar bandar.

“Itupun ketika diuji mentadbir negeri, mereka menodai mandat rakyat demi kepentingan diri dengan mempergunakan kalam suci demi tujuan dan niat yang tidak betul,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan Zaid yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyarankan Abdul Hadi agar menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Dewan Rakyat untuk diadakan PRU secepat mungkin bagi menentukan siapa ada majoriti dan siapa lebih berintegriti.

Serentak itu, katanya, Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang tidak layak untuk bercakap mengenai perkara yang beliau sendiri tidak faham atau tidak mahu faham.

Menurut Ashraf, sebagai seorang yang dikatakan alim dan berpengetahuan tinggi dalam agama, sewajarnya beliau segera menasihati kerajaan segera kembali ke Parlimen dan bersidang perihal kepentingan rakyat.

“Bukan sekadar membuat penulisan di media sosial dengan gaji puluhan ribu tanpa berbuat apa-apa yang sewajarnya dan tiada apa yang membuahkan hasil.

“Integriti yang dimaksudkan tidak setara dengan perbuatan rakan kongsi kepimpinannya. Bersekongkol dengan mereka yang mempunyai rekod moral buruk demi kuasa langsung tidak mencerminkan pasukan mereka berintegriti.

“Yang wajar ditegaskan apa faedah membawa perjuangan atas nama suci Islam, tetapi berpolitik dengan cara yang tidak ada beza dengan orang bukan Islam?,” katanya.

Beliau berkata, peliknya, Pas menerima jawatan sebagai habuan, salahguna wang rakyat untuk mendapatkan kemewahan serta putar belit fakta termasuk ayat al-Quran dan hadis sehingga keluar pelbagai fatwa dan pandangan bagi menghalalkan tindakan.

Malah ujarnya, membuli dan membohongi rakyat dengan menggunakan alasan Covid-19 untuk kekal berkuasa.

“Sedangkan mereka tidak mengikut amalan demokrasi sebenar dengan membenarkan Speaker membuat undi percaya kepada Perdana Menteri apabila dikatakan kerajaan PN sudah tidak ada lagi sokongan majoriti,” katanya. – MalaysiaGazette

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

Bersatu Siasat Dakwaan Pemimpin, AJK Bahagian Di Johor Letak Jawatan

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan membuat siasatan dalaman berhubung dakwaan peletakan jawatan beberapa kepimpinan dan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian...

19 Kematian, 3,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi angka 3,000 dengan 3,551 kes baharu yang direkodkan pada Khamis. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,...

Sambutan Jubli Intan UMNO di seluruh negara, SOP ketat

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO minggu lalu bersetuju untuk membenarkan sambutan Jubli Intan ke 75 tahun parti itu diadakan. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri...