Mohon Maaf, Sedia Dikenakan Tindakan Disiplin – Ketua Penerangan Pemuda Titiwangsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pemuda Titiwangsa, Sam Adnan hari ini membuat permohonan maaf terbuka susulan tindakannya memuat naik video pendedahan sabotaj pengiraan undi pemilihan Umno bahagian itu pada Sabtu lalu.

Beliau mengakui kesilapan dan memohon maaf kerana video yang dimuat naik berkenaan tular sekali gus mengakibatkan persepsi buruk terhadap Umno.

“Merujuk kepada video tular daripada akaun TikTok saya @coachsamadnan, berkaitan isu pengiraan undi bagi pemilihan pemuda Umno bahagian Titiwangsa, saya dengan rasa penuh kesal dan insaf ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak khususnya kepada Pemuda Umno Titiwangsa dan Umno Malaysia diatas kekhilafan saya .

“Pada peringkat awalnya , niat saya hanyalah untuk membongkar kebenaran kerana selaku Ketua Penerangan Pemuda Umno Titiwangsa, saya merasakan teraniaya oleh perbuatan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Pemilihan Umno dan Setiausaha Umno Bahagian yang telah bertindak mensabotaj pengiraan undi tersebut.

“Tanpa fikir panjang saya telah membuat hantaran tersebut di media sosial dan video tersebut menjadi tular diluar jangka dan mengakibatkan persepsi buruk terhadap Umno secara amnya,” jelas Sam dalam kenyataan pada Selasa.

Oleh demikian, beliau berasa terpanggil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak dan sekali lagi mengakui kesilapannya.

“Saya juga bersedia menerima sebarang bentuk tindakan oleh Lembaga Displin Umno diatas kekhilafan saya ini.

“Sekali lagi saya memohon maaf kepada semua, saya cuma ingin mencari kebenaran,” katanya.

Ahad lalu, Suara.TV melaporkan berlakukekecohan dan bantahan dalam pemilihan Jawatankuasa Pemuda Umno Titiwangsa sehingga proses pengundian bahagian itu terpaksa digantung.

Tular lima klip video yang memaparkan dua individu iaitu Pengerusi Pemilihan Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) Titiwangsa Zaharah Adnan dan Timbalan Pengerusi JPU Umno bahagian itu, Datuk Shamsul Bahari yang ‘kantoi’ mencuri kertas undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat