Pemimpin PAS Hati-Hati Keluar Kenyataan, Jangan Guris Hati Orang Borneo

- Advertisement -

KOTA BHARU- Pimpinan PAS diingatkan agar berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dibimbangi tidak sesuai dengan masyarakat di Borneo, gesa Perwakilan PAS Sabah.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, beliau dengan rendah diri dan mohon maaf khususnya kepada barisan pimpinan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dibimbangi dengan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

“Berhati-hatilah ketika mengeluarkan sebarang kenyataan, sebab sebarang keadaan yang boleh menimbulkan masalah.

“Kami berada di Sabah dan Sarawak berhadapan dengan masyarakat pelbagai kaum yang mungkin bahasa-bahasa tersebut sesuai dengan di Terengganu, Kelantan dan Kedah tetapi sangat tidak sesuai dengan Sabah dan Sarawak,” katanya memetik laporan Malaysiakini pada Muktamar PAS kali ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Kota Bharu, hari ini.

Beliau berpesan, apabila ada pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan sentimen mahupun konflik,pimpinan di Borneo terpaksa berdepan dengan masyarakat di sana.

“Saya ingin menekankan keadaan ini sungguh-sungguh, maaf seribu kali maaf.

“Sebab sentimen ini kadang-kala kita rasa kecil tetapi sebahagian masyarakat yang berada di lapangan yang berhadapan dengan kami (ia) boleh menjadi satu sentimen yang besar yang boleh menyebabkan PAS terpinggir daripada masyarakat,” jelasnya.

Aliakbar berkata demikian merujuk kenyataan Ketua Ulama PAS, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh, yang sebelum ini mendakwa kitab Injil dipesongkan atau diubah mendapat perhatian sehingga dikatakan menguris hati masyarakat Kristian khususnya di Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata demikian semasa membahaskan rang undang-undang berkaitan hukuman memandu mabuk.

Nik Zawawi bagaimanapun tetap mempertahankan kenyataan itu dan enggan meminta maaf sambil menganggap tiada pihak yang patut tersinggung dengan kata-katanya itu serta menyatakan kesediaan untuk berdialog.

Susulan itu, polis memulakan siasatan terhadapnya berhubung kenyataan berkait kitab Injil susulan sejumlah laporan polis dibuat.

Sementara itu menyentuh isu PAS tidak bertanding dalam PRN Sabah, Aliakbar berkata, ia bukannya langkah ke belakang atau disisihkan oleh BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Ini bukan bermakna PAS takut untuk berdepan dengan musuh atau petualang yang ada di hadapan kita, tetapi kita tidak hadir dalam pilihan raya kali ini kerana kita meraikan muafakat dan mudah-mudahan kehadiran PAS dalam muafakat sebagai rakan setia untuk mewujudkan perpaduan.

“PAS sentiasa berada dalam senario politik yang pelbagai, hadir untuk menghilangkan kekusutan, mengurangkan konflik, mengurangkan masalah yangg dihadapi oleh manusia dan keadaan politik semasa,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat