SPRM Tak Buat Kerja?

- Advertisement -

Jika kita menelusur laporan berita sejak beberapa bulan ini, pasti semua akan setuju bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan antara agensi paling ‘sibuk’ dengan skop kerjanya – mencegah dan memerangi rasuah.

Semalam sahaja (12 Jun 2020), media melaporkan seorang menteri di Sabah Datuk Peter Anthony berhadapan dengan lima pertuduhan membabitkan dana RM8.75 juta di Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu.

Dua daripada lima pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, manakala tiga pertuduhan lain membabitkan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Manakala di Kuala Lumpur pula, SPRM menahan tiga pengarah syarikat yang disyaki terbabit rasuah bagi memperoleh kontrak pengiklanan kerajaan bernilai RM90 juta.

Ketiga-tiga suspek berusia 31 hingga 48 tahun itu ditahan di IBu Pejabat SPRM Putrajaya.

Melihat kepada kedua-dua kes berprofail tinggi ini, menunjukkan kesungguhan jitu SPRM memerangai rasuah tidak kira sama ada berkaitan dengan ahli-ahli politik, ahli korporat mahu pun orang awam biasa.

Namun,tidak dapat dielakkan, kerja-kerja murni ini pasti sahaja mendapat tomahan dangkal daripada sesetengah pihak.

Biasanya, apabila SPRM menjalankan tugasnya terhadap sesuatu pihak – parti politik misalnya, pasti akan dituduh sebagai ‘alat’ menekan daripada musuh parti politik berkenaan.

Sebagai contoh paling terdekat ialah pada 5 Jun baru-baru ini, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Ulya Aqamah Husamuddin membuat tohmahan terhadap SPRM mendakwa siasatan terhadap beberapa Exco Armada adalah bermotifkan politik bagi menutup mulut mereka berhubung pendedahan audio berkaitan penawaran jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Selain itu, beliau juga membuat pertuduhan liar kononnya SPRM menahan empat ahli Armada iaitu Adam Mukhriz, Hannan Khairy, Redzuan Shafi dan Daniel Khusairi yang dikatakan telah dibuat tanpa mengikut prosedur dan undang-undang.

Perkara ini menjadi topik hangat yang dibincangkan di laman-laman sosial.

Rata-rata pengguna media sosial bukan hanya tidak bersetuju dengan kenyataan Ulya ketika itu malah, mengecam sekeras-kerasnya tomahan yang dilempar terhadap SPRM.

Hal ini kerana, penahanan yang dibuat oleh SPRM terhadap beberapa pemimpin Armada itu juga ekoran daripada gesaan yang dibuat sendiri oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman yang juga kumpulan sama dengan Ulya Aqamah.

Ketika Syed Saddiq melaporkan kehilangan sejumlah wang dari rumahnya apda hujung bulan Mac lalu, beliau membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan berkenaan kehilangan wang tersebut.

Namun, apabila SPRM membuat penahanan beberapa individu bagi menjalankan siasatan, SPRM dituduh membuat kerja berdasarkan motif politik.

Begitulah ‘penghargaan’ berbentuk tomahan dan fitnah yang selalu diperoleh daripada hampir setiap komitmen tugas SPRM terutama bagi kes-kes berprofail tinggi melibatkan pemimpin politik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat