Lebih Banyak Surau Perlu Diberi Kebenaran Adakan Solat Jumaat

- Advertisement -

EMAIL PEMBACA

PROSEDUR tertentu yang perlu dipatuhi pihak berkuasa Masjid semasa bmengadakan Solat berjemaah seperti solat Jumaat dalam usaha membendung wabak Covid-19 di negara kita, adalah sangat terpuji.

Begitupun, memandangkan semasa wabak ini berlaku, masjid-masjid tidak boleh menggunakan kapasiti maksimum ruang di dalam untuk tujuan solat Jumaat berikutan penjarakan sosial dan sebagainya, adalah dicadangkan kepada semua pihak berkuasa agama untuk memberi kebenaran sementara kepada surau-surau berhampiran untuk turut mengadakan solat Jumaat.

Seperti yang ramai sedia maklum, untuk mengadakan solat Jumaat, masjid atau surau perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Kebenaran sementara ini boleh diberikan sepanjang PKP sedang dilangsungkan contohnya.

Jika dilaksanakan, ini boleh memberi peluang kepada lebih ramai Jemaah untuk menunaikan solat Jumaat dan dalam masa yang sama menyokong usaha menyekat penyebaran wabak berkenaan – kredit foto, Bernama

Mohd Taufik
Kelana Jaya

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat