Teori Konspirasi Konon Dunia Akan Berakhir 21hb Jun, Mengarut!!

- Advertisement -

TEORI kemusnahan dunia paling terkenal ialah dengan tamatnya kalendar kaum Maya pada 21/12/2012. Teori ini begitu berpengaruh sehingga menjadi judul filem terkenal, 2012 yang menyaksikan kemusnahan dunia.

Begitupun tidak ada apa-apa yang berlaku pada tarikh tersebut hampir 8 tahun dulu.

Pengkaji teori konspirasi yang juga seorang saintis, Paolo Tagaloguin dalam satu tweet yang telah dipadamkan bagaimanapun pun mendakwa, teori kalender kaum Maya itu sebenarnya betul cuma ia bukan pada 21/12/2012 tapi 21/06/2020.

Ini berikutan penggunaan kalendar Gregory pada tahun 1752 (lebih 268 tahun yang lalu) telah mengurangkan 11 hari dalam setahun dari kalendar Julian sebelumnya, untuk disesuaikan dengan tempoh peredaran bumi mengelilingi matahari.

Pengurangan 11 hari ini walaupun nampak tidak banyak tapi jika mengambil kira tempoh 268 tahun yang telah berlalu, ia adalah pengurangan sebanyak 2,948 hari yang kemudian dihubungkan dengan teori konspirasi terbaru mengenai kemusnahan dunia pada 21/06/2020.

Pengiraan yang diguna pakai Paolo Tagaloguin adalah seperti berikut:-

(1752-2020) x 11 hari = 2,948 hari. 2,948 hari / 365 hari (setahun) = 8 tahun.

Dalam erti kata mudah, tarikh kalendar kaum Maya yang sebenar bukan tamat pada 21/12/2012 tapi pada 21/06/2020 aka minggu depan mengikut perkiraan kalendar Gregory – Daily Mirror

(Nota editor: Orang Islam bagaimanapun dilarang mempercayai ramalan yang sedemikian kerana dalam agama kita, wajib untuk percaya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui akan sesuatu. Teori di atas juga mempunyai kecacatan seperti tidak mengambil kira faktor tahun lompat setiap 4 tahun sekali yang menjadikan hari dalam setahun kepada 366 hari – antara sebab kenapa Tweet berkenaan dipadamkan agaknya)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat