Sebar Berita Palsu: AMK Port Dickson Buat Laporan Polis Terhadap Anwar

- Advertisement -

PORT DICKSON- Angkatan Muda Keadilan (AMK) Port Dickson, hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Partinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa dengan sengaja menyebar berita palsu.

Setiausaha AMK Port Dickson, Mohd Farid Hashim bersama beberapa orang anggota sayap parti itu, hadir ke Balai Polis Teluk Kemang ketika membuat laporan tersebut, menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan terhadap Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.

Mohd Farid ketika ditemui berkata, adalah menjadi ancaman besar terhadap ketenteraman awam di negara ini sekiranya seseorang yang berpengaruh seperti Anwar Ibrahim menyebarkan berita tidak benar seperti itu.

Tambah Farid, sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia juga, penyebaran berita palsu seperti ini tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi dalam keadaan negara yang sedang berdepan krisis Covid-19 ketika ini.

“Sebagai bakal perdana menteri, tidak sepatutnya penyebran berita palsu seperti ini boleh berlaku.

“Anwar bersama pasukannya sepatutnya menyelidik dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum membuat sebaran atau kritikan.

” Bahaya penyebaran berita palsu ini boleh menggugat ketenteraman awam dan boleh manggaganggu kestabilan negara.”

Terdahulu, Anwar telah memuatnaik satu rakaman video berdurasi 4 minit di laman Instagram miliknya.

Dalam video tersebut, Anwar menyatakan bahawa terdapat lambakan seramai 6.7 juta pekerja asing di negara ini, manakala 4 juta daripada jumlah tersebut merupakan pekerja asing tanpa izin.

Malah dalam video tersebut, Anwar turut menyebut bahawa sebanyak 40% daripada keseluruhan pekerja di negara ini merupakan pekerja asing.

Walau bagaimanapun, Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan telah menafikan angka tersebut.

Hasil tinjauan juga mendapati, video yang dimuat naik di laman Instagram Anwar Itu telah dipadam.

Anwar juga sebelum ini turut memuat naik satu rakaman video di laman Facebook miliknya berkenaan kebenaran operasi kedai judi oleh kerajaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat