58 Pesakit Covid-19 Sembuh, 37 Jangkitan Baru dan Dua Kes Kematian Hari Ini – KKM

Lepas Tajuddin sah Covid-19, Presiden UMNO jalani ujian calitan

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang menjalani kuarantin selepas menjalani ujian calitan RT-PCR. Beliau melakukan ujian saringan itu selepas Ahli Parlimen...

KDN nafi Hamzah dirawat di ICU

KUALA LUMPUR- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyanggah khabar angin yang mendakwa Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat...

Hishammuddin Sertai Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN Esok

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien mengadakan sidang video dengan Menteri Luar Brunei, TYT Dato Seri Setia Haji Erywan bagi membincangkan persediaan...

KP Kesihatan beritahu Dr Ali Noor meninggal bukan kerana terlalu penat tapi sebab lain

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangkal kematian seorang pegawai perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr Ali Noor Hassan...

#SIBODOHKAUDENGARSINI : SKMM Nafi Keluarkan Poster

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan poster yang tular berbentuk amaran yang meminta orang ramai tidak menggunakan hastag #SiBodohKauDengarSini bukan dikeluarkan oleh...

PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan kes baharu positif Covid -19 masih lagi dua angka, iaitu 37 kes dilaporkan sehingga 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, empat adalah kes import manakala bakinya, 33 merupakan kes penularan tempatan.

“Oleh itu, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 6,779 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,387 kes.

“Sehingga kini, 16 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 58 kes sembuh dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 5,281 kes, iaitu 77.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham juga berkata terdapat dua kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 111 kes iaitu 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-110 (kes ke-6743) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 30 tahun yang ditemukan mati di Rompin, Pahang. Keputusan ujian sampel Covid-19 yang diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 12 Mei 2020. Kes ini di bawah siasatan pihak Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Kesihatan Rompin.

Punca jangkitan belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan.

Kes kematian ke-111 (kes ke-5195) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 90 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kronik pernafasan. Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 16 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 13 Mei 2020 pukul 10.36 pagi,” katanya.

Mengulas perkembangan kes Covid-19 di negara ini, beliau mengakui bahawa jumlah kes kumulatif semakin meningkat namun kadar kenaikan kes didapati semakin perlahan.

“Keberkesanan pendekatan oleh kerajaan dapat dibuktikan apabila dikaji dengan menggunakan kaedah permodelan dan ramalan yang dijalankan Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1 sehingga PKP 4 telah berhasil dalam menurunkan kebolehjangkitan Covid-19 dalam negara,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkongsi amalan 3W iaitu “wash” (basuh), “wear” (pakai) dan “warn” (amaran), bagi memastikan rakyat negara ini sentiasa menjaga kebersihan diri dalam usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19 terutamanya ketika musim perayaan.

“Amalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan (warn) iaitu amaran yang lebih berkonsep peringatan,” katanya.

Beliau turut menyarankan rakyat negara ini untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan termasuk mengelak daripada bersalam atau bersentuhan, menjaga etika batuk dan bersin, melakukan disinfeksi, duduk di rumah serta mendapatkan rawatan sekiranya bergejala.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Lepas Tajuddin sah Covid-19, Presiden UMNO jalani ujian calitan

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang menjalani kuarantin selepas menjalani ujian calitan RT-PCR. Beliau melakukan ujian saringan itu selepas Ahli Parlimen...

KDN nafi Hamzah dirawat di ICU

KUALA LUMPUR- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyanggah khabar angin yang mendakwa Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat...

KP Kesihatan beritahu Dr Ali Noor meninggal bukan kerana terlalu penat tapi sebab lain

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangkal kematian seorang pegawai perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr Ali Noor Hassan...