Alas kaki tertera gambar Kaabah dirampas

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor merampas 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata tindakan itu susulan aduan orang awam terhadap tindakan pasar raya terbabit yang menjual alas kaki berkenaan sempena sambutan Aidilfitri.

Menurutnya, pengurusan pasar raya berkenaan sudah dipanggil bagi memberi keterangan dan diberi amaran, agar lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

“Sebenarnya tindakan pemeriksaan dan pemantauan sudah dibuat sehari sebelum Aidilfitri susulan aduan awam, selain ia tular di media sosial.

“Hasil pemeriksaan, 11 unit alas kaki dengan gambar Kaabah dirampas dengan pemantauan juga masih berterusan di seluruh negeri ini

“Kenyataan tidak dikeluarkan sebelum ini bagi menghormati sambutan Aidilfitri, selain meredakan kerisauan awam,” katanya seperti dilaporkan BH.

Terdahulu, isu terbabit ‘hangat’ di media sosial apabila seorang pengguna, Syam Akmal berkongsi video memaparkan perkara itu di media sosial kerana terkejut apabila mengamati gambar tertera di alas kaki terbabit adalah Kaabah.

“Alas kaki ni tau, tapi tengokla gambar tu, Allahu akbar…Kalau yang saya nampak ni macam gambar Kaabah, ingatkan sejadah tapi untuk lap kaki pula.

“Macam mana pandangan mana tuan-tuan pula apa yang saya nampak ni,” kata Syam.

Malah, netizen turut menyifatkan penjualan produk itu sangat tidak bertanggungjawab dan melampau kerana Kaabah yang terletak di Makkah dianggap mulia, selain menjadi kiblat bagi orang Islam.

“Ingatkan sejadah sebab ada gambar Kaabah, tapi rupanya alas kaki untuk lap kaki,” kata seorang pengguna lain yang berkongsi perkara berkenaan.

-Berita Harian

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat