Ketika agamamu dihina, baik mati sahaja – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh menggesa umat Islam bersatu walaupun berlainan ideologi politik.

Tegasnya, dengan bersatu, agama Islam tidak akan dipandang dihina.

Dr Akmal berkata demikian susulan tular 11 unit alas kaki tertera gambar Kaabah dirampas di Johor.

“Ketika agama mu dihina sebegini rupa masih juga kita tidak sedar, lebih baik mati sahaja.

”Bersatulah umat islam tidak kira perbezaan ideologi politik

”Kerana penyatuan ummah itu menjadi kekuatan ummah untuk tidak dipandang hina

“Sudah tiba masanya,ketepikan perbezaan kita kuatkan ummah,” katanya menerusi catatan Facebooknya, pada Sabtu.

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Negeri Johor merampas 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata tindakan itu susulan aduan orang awam terhadap tindakan pasar raya terbabit yang menjual alas kaki berkenaan sempena sambutan Aidilfitri.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat