Masyarakat Bimbang Keselamatan Orang Kurang Siuman & Gelandangan Sepanjang Tempoh PKP

Anwar Tolak Parti Pejuang, Takkan Saya Nak Sokong Dia? – Mahathir

LANGKAWI - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh...

Penafian Ahli Parlimen UMNO Bukti Anwar Terdesak & Kemaruk Kuasa – Azmin

KOTA KINABALU - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menerima sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan adalah tindakan orang...

Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...

Arahan Penutupan Selepas Pendaki Positif Covid-19 Daki Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu, ditutup bermula hari ini hingga 8 Oktober untuk proses nyah kuman. Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan...

KANGAR — Orang ramai meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan orang kurang siuman dan gelandangan yang masih berkeliaran di sekitar negeri ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berkongsi pendapat mengenai nasib golongan ini, seorang penjawat awam Zulaikha Ekkau, 38 berkata beliau bimbang dengan nasib dan keselamatan yang menimpa golongan itu ketika penularan wabak COVID-19.

“Baru-baru ini saya ada lihat seorang lelaki kurang siuman duduk di kaki lima sekitar bandar Kangar, beliau dilihat merayau mencari makanan… saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu golongan ini dengan menyediakan penempatan khas untuk mereka berteduh sepanjang tempoh PKP,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Turut meluahkan kebimbangan, Narimah Rashid, 64, berkata beliau sering melihat golongan ini sekitar pasar pagi ketika keluar memberi barang keperluan memasak.

Ketika orang ramai sibuk mengambil langkah pencegahan dan berjaga-jaga dengan menggunakan pencuci tangan dan memakai penutup mulut dan hidung setiap kali keluar dari rumah, golongan ini hanya fikir untuk mendapatkan makanan bagi mengalas perut.

“Apa yang penting bagi mereka adalah mengisi perut untuk hari itu, mereka tidak faham apa guna penutup mulut dan hidung serta kepentingan menjaga kebersihan diri seperti kita yang masih waras ini,” kata suri rumah itu dengan nada sebak sambil mengesat air mata mengguna hujung lenggan bajunya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, setakat ini tiada tempat tinggal khas disediakan untuk golongan gelandangan di negeri ini kerana kebanyaka mereka telah dihantar pulang ke rumah keluarga masing-masing sepanjang tempoh PKP.

“Terdapat dua kategori gelandangan iaitu gelandangan normal dan gelandangan Orang Kurang Upaya (OKU) atau pesakit mental… Gelandangan normal kita dah selesaikan, yang tak dapat selesai adalah masalah gelandangan OKU pesakit mental kerana mereka ini di luar bidang kuasa JKM,” katanya.

Beliau berkata, kesemua gelandangan yang mempunyai keluarga di Perlis telah dihantar pulang ke rumah keluarga masing-masing namun masih terdepat beberapa gelandangan yang masih berdegil ingin kekalkan kehidupan mereka.

“Kita juga telah menghantar pulang gelandangan dari luar Perlis iaitu dari Kedah dan Pulau Pinang ke rumah keluarga mereka sejak awal PKP lagi,” katanya

Lebih 20 gelandangan telah dihantar pulang sejak tiga tahun lepas, manakala sepanjang tempoh PKP ini, empat orang gelandangan yang aktif berkeliaran di Kangar, Kuala Perlis dan Padang Besar telah dihantar pulang.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Kerjasama PAS, UMNO Kukuh, Anwar Kena Sindrom Bulan September – Tuan Ibrahim

BANGI - Hubungan parti dalam Muafakat Nasional (MN) yang diterajui Umno dan PAS, termasuk anggota terbaru PPBM tidak akan terjejas susulan kenyataan Presiden Umno...

Warisan Janji Beri 5 Ekar Tanah Berita Palsu

KOTA KINABALU: Pejabat Ketua Menteri menafikan mesej tular yang menyatakan Warisan akan memberi lima ekar tanah kepada setiap keluarga, jika parti itu menang Pilihan...