Nilai kadar kebolehjangkitan naik balik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Enam negeri termasuk seluruh Lembah Klang meencatatkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Rt) meningkat semula ke nilai 1.00 semalam.

Ini menunjukkan selepas hampir tiga bulan, kadar kebolehjangkitan COVID-19 bagi seluruh negara kembali mencecah Rt di atas 1.00.

Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di Facebook, trend peningkatan Rt direkodkan sejak enam hari lalu daripada 0.91 pada Sabtu baru-baru ini.

Sebelum ini, kali terakhir Rt berada di atas 1.00 iaitu 1.02 adalah pada 31 Ogos lalu sebelum ia menunjukkan trend penurunan dan paling rendah direkodkan dalam tempoh sejak tiga bulan lalu ialah pada 0.86 pada 20 dan 21 Oktober lalu.

Dalam kalangan lima negeri yang merekodkan kadar bacaan Rt di atas 1.00, tiga negeri dan kawasan di Lembah Klang mencatatkan bacaan tertinggi iaitu Putrajaya dengan 1.16, diikuti Kuala Lumpur 1.04 dan Selangor 1.03.

Selain itu, Kelantan pula mencatatkan 1.02 dan baki dua ialah Negeri Sembilan dan Pahang dengan masing-masing 1.01.

Semalam, negeri yang merekodkan bacaan Rt terendah ialah Sarawak dengan 0.87 diikuti Terengganu 0.90, Pulau Pinang 0.91, Johor 0.93, Melaka dan Perlis masing-masing 0.94, Kedah dan Sabah masing-masing 0.98.

Labuan pula hanya merekodkan 25 kes COVID-19 semalam.

Berdasarkan Model Pembendungan Risiko, Pendedahan dan Jangkitan (SEIR) Unjuran dan Pemerhatian Kes Harian COVID-19 yang dikongsi Dr Noor Hisham, kes harian COVID-19 berupaya menurun di bawah 3,000 menjelang hujung tahun dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sehingga kini, sebanyak 75.7 peratus atau 24,730,649 populasi rakyat Malaysia berusia 12 tahun ke atas menerima vaksin COVID-19 lengkap.

Dari segi pecahannya, 78.5 peratus atau mewakili 2,472,098 individu membabitkan populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini dan seramai 22,258,551 orang dewasa atau 95.1 peratus populasi menerima vaksin lengkap terbabit.

Berdasarkan dataKementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, 1,031,946 atau 4.4 peratus masih tidak divaksin, manakala seramai 22,843,780 menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 143,662 dos diberikan membabitkan 42,888 penerima suntikan dos lengkap; 8,449 (dos pertama) dan 92,325 (dos penggalak) semalam.

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,946,620, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 825,497.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat