Kalau tak fikir rakyat, Muhyiddin juga nak rampas Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rentetan krisis politik yang berterusan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau juga boleh bertindak taktik sama dengan UMNO yakni dengan melakukan rampasan kuasa.

Malah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga tidak teragak-agak menggerakkan rampasan kuasa di Johor namun beliau enggan meniru cara UMNO.

“Kalau saya hanya mengambil berat tentang parti saya, di negeri Johor, Bersatu ada 14 kerusi, UMNO dan MIC ada 15 kerusi, keseluruhannya 29 kerusi. PH ada 27 kerusi. Jadi majoriti dua kerusi sahaja.

“Jika saya berniat jahat dan hanya mencari kepentingan politik, saya boleh melakukan perkara yang sama untuk negeri Johor hanya dengan mengeluarkan dua Adun dan menyebabkan kerajaan Johor sekarang tumbang.

“Tetapi saya tidak mahu bertindak bodoh dan berniat tidak baik untuk menimbulkan masalah yang sama di Johor. Bukan kerana ia negeri saya tetapi untuk memelihara kebajikan dan kepentingan rakyat,” tambah Muhyiddin.

Kata Muhyiddin beliau juga boleh melakukan perkara yang sama dalam mana-mana krisis politik yang berlaku.

Sebagai contoh, katanya, UMNO pada mulanya sepatutnya dipimpin oleh Bersatu tetapi beliau mengalah selepas UMNO menuntut jawatan dominan.

Katanya, begitu juga apabila beliau terpaksa bersetuju untuk menggantikan timbalan presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan Saarani Mohamad dari UMNO ketika rampasan kuasa di Perak Disember tahun lalu.

Menyedari langkah 15 ahli Parlimen UMNO menggulingkannya sebagai perdana menteri pada Ogos ,Muhyiddin berkata ini bukan kali pertama beliau mengalami pengalaman sedemikian.

Kata Muhyiddin ketika beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 2015 apabila beliau bercakap mengenai skandal 1MDB.

“Hari ini jelas terbukti pepatah Bahasa Inggeris ‘vindication’… kerana masalah itu sekarang berada di mahkamah jadi saya tak nak sentuh soal itu,” katanya.

“Tetapi saya nak nyatakan hal begitu berlaku sewaktu saja menjadi timbalan perdana menteri dan kerana saya tahu perkara ini adalah satu perkara yang besar dan kalau kita tak bangkitkan dan timbulkan kesedaran rakyat ini adalah satu malapetaka kepada negara kita, yang melibatkan kerugiaan kepada negara bernilai berpuluh bilion ringgit dan sekarang ini terdedah,” kata Muhyiddin.

Katanya, adik perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika itu, Nazir Abdul Razak, juga baru-baru ini menulis mengenai isu itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat