Mesyuarat tarikh-tarikh penting PRN Sarawak 24 November ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Mesyuarat Khas urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan dibincangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 November ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, Mesyuarat Khas tersebut dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN berkenaan bermula pukul 9 pagi di Kuching, Sarawak.

Katanya, mesyuarat juga membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang akhbar akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat itu susulan penamatan rasmi Proklamasi Darurat negeri itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 November lalu.

SPR sudah menerima pemakluman rasmi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Dr. Abang Johari Tun Openg berhubung persetujuan dari Seri Paduka Baginda melibatkan pembatalan Proklamasi Darurat (Sarawak) PU (A) 323 sebagai mana termaktub di bawah Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 PU (A) 324.

Berdasarkan Seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri (DUN) hendaklah terbubar pada tarikh proklamasi tersebut dinyahwartakan.

Justeru, di bawah Seksyen 3(4) ordinan itu, maka PRN hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh proklamasi tersebut telah dibatalkan atau diungkaikan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat