Iktiraf seteru utama, hentam UMNO agenda utama PN – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menghentam UMNO adalah agenda utama pimpinan Perikatan Nasional (PN) berbanding Pakatan Harapan (PH),” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu secara terbuka ‘mengangkat’ UMNO seteru utama malah cuba meyakinkan pengundi-pengundi Melaka bahawa gabungan itu ialah pilihan terbaik dalam pilihan raya negeri Melaka.

Dalam ucapannya yang disampaikan secara dalam talian kerana kekangan kempen fizikal akibat COVID-19 malam tadi, Muhyiddin memberitahu menghentam UMNO yang dianggap sebagai seteru utama berbanding PH.

Walaupun Muhyiddin menyerang PH dengan menyatakan perjuangannya tidak konsisten dengan perjuangan orang Melayu dan Islam, namun bekas perdana menteri dilihat lebih banyak menyerang kepimpinan UMNO, khususnya pemimpin yang menghadapi pertuduhan rasuah.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyifatkan UMNO sebagai parti yang mengutamakan kepentingan sendiri berbanding rakyat semasa pandemik COVID-19 dengan merujuk kepada rampasan kuasa di Perak pada Disember 2020, di peringkat Persekutuan pada Ogos dan krisis Melaka bulan lalu sehingga menyebabkan pilihan raya negeri.

“PN dan saya sedar rakyat tidak mahu pilihan raya (semasa pandemik). Bukan setakat itu sahaja, mereka marah. Mengapa keadaan sebegini berlaku di Melaka.

“Menurut peruntukan perlembagaan, saya boleh meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan dengan itu akan diadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan yang baru.

“Tetapi saya sedar kalau saya buat begitu saya adalah manusia yang tidak bertanggungjawab kerana negara pada masa saya berada di tampuk pentadbiran kerajaan berada dalam situasi yang masih sukar. Bukan sahaja masalah COVID-19 yang belum kita dapat atasi sepenuhnya dan vaksinasi pun baru bermula tetapi juga kesan pandemik ini agak besar kepada negara kita.

“Disebabkan itu saya berpendapat sebaik mungkin saya meletakkan jawatan dan dengan sebab itu proses yang ada dalam perlembagaan adalah untuk mencari pengganti (perdana menteri),” kata Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan di majlis Pentas PRN Melaka Bersama Pimpinan yang diadakan di Shah Alam malam tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat