Malaysia akan bertindak balas terhadap saman Goldman Sachs – Johari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tindakan Goldman Sachs memfailkan saman terhadap Malaysia di sebuah mahkamah timbang tara United Kingdom (UK) adalah satu percubaan mereka untuk mengalihkan perhatian daripada kewajipan mematuhi keperluan pembayaran interim sebanyak AS$250 juta di bawah perjanjian penyelesaian.

Pengerusi Pasukan Petugas 1Malaysia Development Berhad (Pemulihan Aset), Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan, Kerajaan Malaysia akan melakukan tindak balas terhadap perkara itu dengan sewajarnya.

“Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB agak terkejut dengan tindakan Goldman Sachs kerana pihak-pihak masih dalam peringkat perbincangan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian secara baik.

“Walau bagaimanapun, berdasarkan perkembangan baharu itu, Kerajaan Malaysia akan bersedia untuk bertindak balas terhadap perkara ini dan memastikan proses itu dilakukan dengan teliti dan mengikut rangka kerja undang-undang yang ditetapkan sambil memastikan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara,” katanya dalam kenyataan, lapor Utusan pada Khamis.

Terdahulu, Goldman Sachs dilaporkan memfailkan saman terhadap Malaysia di sebuah mahkamah United Kingdom (UK), ketika ketegangan semakin memuncak berhubung isu penyelesaian berkait peranannya dalam skandal dana 1MDB.

Menurut laporan Reuters, saman berkenaan difailkan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA), semalam.

Pada 2020, Goldman Sachs bersetuju membayar AS$3.9 bilion untuk menyelesaikan siasatan jenayah dijalankan Malaysia terhadap peranan bank pelaburan Amerika Syarikat (AS) itu dalam skandal dana 1MDB yang membabitkan berbilion dolar.

Pihak berkuasa Malaysia serta AS menganggarkan AS$4.5 bilion telah dicuri daripada 1MDB melalui skim terperinci yang menjangkau serata dunia dengan membabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak; pegawai peringkat tinggi dalam dana itu; kakitangan Goldman dan lain-lain lag

Menurut Pendakwa Raya, Goldman membantu 1MDB mengumpulkan AS$6.5 bilion menerusi tiga jualan bon, namun AS$4.5 bilion didakwa telah ‘dilencongkan’ kepada pegawai kerajaan, jurubank serta rakan sekutu mereka melalui rasuah dan sogokan antara 2009 dan 2015.

AS telah memulangkan dana diperoleh daripada rampasan aset didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB yang dicuri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat