GRS dah menang Sabah, buatlah PRU, biar lebih ramai mati – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad sinis mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengotakan janji untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) memandangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya menawan Sabah pada 26 September lalu.

Dalam catatan sarkastik di blognya hari ini, Dr Mahathir, mengingatkan agar janji untuk mengadakan PRU itu tidak dimungkiri supaya lebih ramai rakyat mati.

Meskipun beliau tidak menamakan secara langsung sindiran itu ditujukan kepada Muhyiddin namun merujuk “pemimpin tertinggi”.

“Dari negeri yang selamat Sabah jadi kluster, beribu akan jadi mangsa, malah maut pun ada.

“Kata pemimpin tertinggi, kalau menang, PRU akan diadakan, jangan mungkir janji adakan PRU biar ratusan ribu dijangkiti bahkan biar lebih ramai mati.

“Politik lebih utama daripada prinsip. Apa aku peduli? Aku dapat (apa yang dimahukan),” katanya.

Dalam siri kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 18 September lalu, Muhyiddin menyebut untuk melaksanakan PRU segera sekiranya GRS menang.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi menyebut, sepatutnya PRN Sabah tidak sepatutnya diadakan.

“Sabah sudah ada PRN pada 2018, Parti Warisan Sabah (Warisan) menang dan tubuh kerajaan.

“Tapi kerajaan pintu belakang pusat berhasrat kuasai Sabah juga melalui pintu belakang. Namun, untuk elak daripada ini berlaku, kerajaan Warisan terpaksa dibubar untuk adakan PRN.

“Maka menanglah duit, kerana dia raja. Tapi kosnya tinggi. Bukan sahaja wang ringgit tetapi juga serangan Covid-19. Dari Sabah berkembang ke Semenanjung,” ujarnya.

Selain itu, Dr Mahathir turut membidas tindakan kononnya Menteri kebal tidak perlu jalani kuarantin.

“Malangnya Covid-19 tidak tahu Menteri kebal.

“Maka berjangkitlah COVID-19 dan merebaklah. 631 sehari (kes),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat