Petugas Barisan Hadapan Di Sabah Capai Tahap Kritikal Kata KP Kesihatan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah didalam ciapan twitternya menyifatkan perjuangan petugas barisan hadapan di Sabah sudah mencapai tahap yang kritikal.

Noor Hisham berkata, pihaknya sedang merangka strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri itu.

“Strategi kami berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti serta memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah,” katanya.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, Sabah mencatatkan jumlah tertinggi, sebanyak 488 kes baharu bagi positif Covid-19.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat