Aliakbar Gulasan Lantik Herman Obi Sebagai Pegawai Khas

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Ahli Undangan Negeri Sabah (dilantik), YB Dr. Aliakbar Gulasan mengumumkan perlantikan Herman Obi Sebagai Pegawai Khas (hubungan antara kaum).

“Herman Obi dilantik sebagai Pegawai Khas (Hubungan Antara Kaum). Berumur 24 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Beliau ialah Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah, beragama Kristian dan ahli DHPP sejak 2016.” ujar beliau semasa mengumumkan perlantikan Herman dilaman facebooknya.

Aliakbar berkata, pelantikan Herman yang beragama kristian itu menunjukkan usaha PAS Sabah menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa dan pegangan agama.

Beliau juga ialah Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah, dan ahli DHPP sejak 2016.

“Pelantikan Herman Obi diyakini dapat memperkukuh lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum di Sabah sekali gus membuktikan kesungguhan PAS Sabah membela kebajikan rakyat, merentasi kaum dan fahaman agama.

“Saya juga bersetuju melantik Ustaz Amiruddin Mohd Rosdi sebagai Setiausaha Akhbar, Mohd. Nasir Morni sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PRO) dan Syamsul Ma’arif Suardi sebagai Pegawai Media,” katanya.

Sebelum itu, Aliakbar yang dilantik sebagai ADUN baru-baru ini mencatat sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemimpin PAS pertama dilantik ke jawatan itu di Sabah.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat