Isreal Dihujani Pedang Baitulmuqaddis

- Advertisement -

BAITULMUQADDIS – Sayap pejuang Palestin, Hamas, menamakan lebih 130 serangan roketnya ke atas Tel Aviv sebagai “Pedang Baitulmuqaddis” yang akan berterusan jika Israel tidak menghentikan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Mengulas serangan roket ke atas Tel Aviv, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, menegaskan “Isreal yag menyalakan api di Baitulmuqaddis dan Al-Aqsa sehingga meluas ke Gaza, maka mereka harus bertanggung jawab atas akibatnya.”

Haniyeh memaklumkan bahawa Qatar, Mesir dan PBB telah menghubunginya mendesak untuk tenang.

Namun pesan Hamas ia terserah kepada Israel, “Jika Israel ingin meningkat peperangan, Hamas bersedia, jika Israel ingin berhenti, Hamas juga bersedia.”

Sejak semalam, Hamas melancarkan tidak kurang 130 roket ke arah Israel yang mencetuskan pelbagai kemalangan dan sebahagiannya belum dilaporkan.

Perkhidmatan ambulans Magen David Adom Israel mengatakan seorang wanita berusia 50 tahun terbunuh ketika roket menghantam sebuah bangunan di pinggir Tel Aviv, Rishon Lezion, dan bahawa dua wanita telah terbunuh dalam serangan roket di Ashkelon.

Menurut Hamas tindakan tersebut sebagai membalas serangan udara Israel ke atas banngunan 13 tingkat merangkumi kediaman dan pejabat di Gaza. Dalam serangan udara Israel tersebut ia mengorbankan 32 orang warga palestin.

Kementerian kesihatan Gaza mengatakan bahawa dari jumlah yang dilaporkan meninggal dunia, 10 daripadanya adalah kanak-kanak dan seorang daripadanya adalah seorang wanita.

Tentera Israel mengatakan bangunan itu, di kejiranan Rimal di Kota Gaza, menempatkan banyak pejabat Hamas, termasuk pejabat penyelidikan dan pembangunan ketenteraan dan perisikan tentera.

Sejarah lalu Israel mengumumkan pengerahan 80 jet untuk mengebom Gaza, dan juga infanteri serta kereta perisai untuk menguatkan tentera yang sedia ada di perbatasan sempadan.

Ini membangkitkan kebimbangan berulang peristiwa serangan Israel ke atas Gaza pada tahun 2014 yang juga bertujuan menghentikan serangan roket.

Perang selama tujuh minggu tersebut dikatakan telah mengorbangkan lebih dari 2000 warga Gaza, 73 orang Israel, dan menyebabkan ribuan rumah di Gaza dirobohkan oleh pasukan Israel. – Reuters/SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat