Permintaan Tenaga Kerja Digital Meningkat – MDEC

- Advertisement -

CYBERJAYA: Jawatan kosong bagi sektor ekonomi dan kemahiran digital di Malaysia telah menyaksikan peningkatan hampir tiga kali ganda bermula Jun 2020 hingga April 2021.

Menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) jumlah kekosongan jawatan digital sebanyak 19,000 pada Jun 2020 telah meningkat kepada lebih 56, 000 kekosongan pada Mac 2021.

“LinkedIn menawarkan kekosongan jawatan paling banyak berbanding empat platform lain. Pekerjaan paling popular meliputi bidang Pembangunan Perisian, Sains Data, Perkhidmatan IT dan e-dagang.”

Bagaimanapun Menurut MDEC, sebanyak 76 peratus kekosongan adalah untuk pekerja berpengalaman berbanding hanya 20 peratus yang ingin graduan baharu manakala selebihnya untuk pelajar menjalankan latihan industri.

Penemuan ini berdasarkan penyelidikan oleh Bahagian Kemahiran dan Pekerjaan Digital MDEC yang menggunakan data-data dari platform LinkedIn Talent Insights (LTI), pada April 2021. Ia melibatkan lebih daripada 960 peranan digital di semua industri di Malaysia dan Asia Tenggara.

Berdasarkan data daripada platform LTI, kemahiran yang sangat diminati di Malaysia dan Asia Tenggara merangkumi bidang analitik, pengembangan perisian serta pengaturcaraan dan pengkomputeran awan.

Pada masa sama, semakin banyak industri bukan teknologi seperti syarikat pasaran, kosmetik, muzik dan tembakau telah meningkatkan pengambilan bakat digital sejak setahun lalu.

Sektor Teknologi maklumat, komunikasi dan perkhidmatan kewangan juga turut mempunyai permintaan yang tinggi untuk bakat digital di sektor masing-masing.

Penyelidikan sehingga April 2021 juga mendapati lebih 240,000 bakat digital di Malaysia mempunyai profil LinkedIn dan lebih separuh menetap di Selangor dan Kuala Lumpur.

Selain itu, taburan bakat digital juga didapati di Johor, Pulau Pinang dan Melaka .Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh kewujudan beberapa universiti seperti Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Multimedia di negeri-negeri tersebut. Majikan yang sangat memerlukan bakat digital mungkin akan melaksanakan pengambilan pekerja mereka di negeri-negeri tersebut.

Jawatan paling popular di kalangan bakat digital di Malaysia merangkumi eksekutif, pakar, pengurus pemasaran digital, saintis data, jurutera perisian, ketua bahagian digital dan yang paling menarik ialah Youtuber.

Data daripada LTI juga menunjukkan bahawa sejak setahun lalu, terdapat peningkatan antara 20 hingga 30 peratus dalam jumlah bakat yang bekerja sendiri sebagai freelancer atau YouTuber.

Kecenderungan peningkatan bilangan pekerja bebas ini sesuai dengan fokus kerajaan terhadap ekonomi gig.

Ini termasuk program Global Online Workforce (GLOW) Penjana MDEC yang melatih lebih daripada 10,000 rakyat Malaysia yang menganggur mengenai cara mendapatkan pekerjaan bebas melalui platform dalam talian.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat